Published 7:33 AM by mobile262

Kedudukan Liga Super 2017


Kedudukan Liga Super 2017 setakat hari ini (1/3/207) menyaksikan Pahang di tangga teratas Liga diikuti oleh Kedah dan Selangor. Manakala JDT di tangga ke 4. Aksi perlawanan Kelantan dan Perak juga mencuri tumpuan pada kali ini ekoran kekalahan Kelantan 3 kali berturut-turut, namum Kelantan bangkit dengan mencuri mata penuh di Stadium Perak. 

Walaubagaimanapun kedudukan ini mungkin berubah selepas dua atau tiga perlawanan lagi..
Read More
Published 8:18 PM by mobile262

Daftar SSPN-i Plus Online


Menabung dengan SSPN-i Plus kini lebih mudah dengan adanya kemudahan talian internet @ secara online. Sebagaimana yang kita semua maklum Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN) antara institusi perbankan terbaik untuk masa depan anak-anak bagi menyambung pelajaran mereka disamping ganjaran yang hebat ditawarkan kepada penyimpan. Ganjaran berupa kereta mewah, rumah idaman, motosikal dan banyak lagi hadiah-hadiah menarik menanti penabung.


Sudah ramai yang telah berjaya menjadi pemenang dengan hanya menyimpan di PTPTN..Anda Juga mungkin berpeluang untuk menang hadiah-hadiah hebat ini..Di Tahun 2016 PTPTN sekali lagi menawarkan ganjaran hebat untuk penyimpan..setiap RM50 anda layak mendapat satu cabutan.


Langkah - langkah mendaftar secara online.

1. Layari https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/ , kemudian klik pada pembukaan akaun


2. Isi maklumat yang diarahkan seperti yang tertera pada gambarajah di bawah


3. Pilih pakej pilihan anda


berikut adalah panduan bagi anda yang ingin membuat pilihan pakej 

4. Kemudian isi maklumat peribadi anda..


5. Akhir sekali, buat bayaran


Sila bersetuju dengan syarat dan akad bagi meneruskan pendaftar dan menabung dengan SSPN-i Plus..Jom sertai sekarang!!







Read More
Published 4:11 PM by mobile262

Pokemon Go Pencarian berasaskan GPS


Satu fenomena baru kini melanda negara dengan permainan Pokémon Go. Permainan baru ini berasaskan GPS dan memerlukan pemain untuk keluar mencari watak-watak pokemon. Permainan mudah alih ini membolehkan anda pergi pada memburu untuk menangkap watak-watak Pokémon ke banyak tempat-tempat menarik termasuk bangunan bersejarah, taman-taman awam, tebing sungai dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan di Malaysia, permainan ini semakin merebak dan mendapat perhatian ramai untuk memburu watak-watak dalam pokemon terutamanya Pikachu!! berikut adalah beberapa senarai tempat untuk anda memburu Pokemon anda.

KLCC

Georgetown, Pulau Pinang

Bandar Lama Ipoh, Perak

Jonker Walk, Melaka

Sultan Abu Bakar Mosque, Johor

Pulau Redang, Terengganu

Taman Negara, Pahang


Read More
Published 4:00 AM by mobile262

Jadual Piala FA 2016


Aksi pembukaan Piala FA 2016, menyaksikan pertembungan hebat pasukan-pasukan terbaik bola sepak Malaysia dengan Aksi Kelantan Lawan Kedah, manakala JDT bertemu Negeri sembilan.

Keputusan Penuh Piala FA 4 Mac 2016

Kedah vs Kelantan 1-1 (penalti 5-4)
JDT vs Negeri Sembilan 4-1
PDRM vs Selangor 2-1

Jadual Piala FA 5 Mac 2016

Sabah vs ATM
Selangor vs Felda United
Perak vs Kuantan FA
Pahang vs Sime Darby
Perlis vs Kuala Lumpur
Saksikan live di kaca tv anda ataupun anda boleh menonton secara online.
Read More
Published 7:11 AM by mobile262

Rahsia Kejayaan Datuk Seri Vida


Siapa tak kenal Datuk Seri Vida atau Hasmida..pengusaha produk terlaris di pasaran dengan tagline "Qu Putih Qu Putih, Barulah Putih" dengan gelagatnya yang mencuit hati ..siapa yang menonton extravaganza.


Namun tak ramai yang tahu disebalik kejayaannya dalam dunia perniagaan, tersimpan memori pahit manis sebelum digelar Datuk Seri Vida. Masa kecil lagi Datuk suka berniaga..hinggalah ke universiti.

Habis Universiti Datuk Seri bertugas sebagai seorang guru, namun niaga tetap diteruskan, maklumlah dah jadi darah daging..ketika itu Datuk Seri dah mempunyai beberapa buah Salon Kecantik.

Tak cukup sekadar itu, Datuk Seri mencuba untuk mengeluarkan produk sendiri, namun tak berhasil..kegagalan tidak memusnahkan harapan Datuk Seri, sebaliknya beliau memperkenal satu produk anti-aging khusus untuk golongan yang ingin kekal muda..Ketika itu Pamoga dihasilkan.


Dalam pada itu Datuk Seri kehilangan 2 orang yang tersayang sekelip mata ..iaitu anak beliau yg tersayang..teragedi kebakaran meragut nyawa anak beliau..Moga Allah menempatkan mereka di Jannah.

Dua tahun Datuk menyendiri bagi mengembalikan semangat dan kekuatan dan akhirnya beliau kembali dengan kejayaan demi kejayaan..

Apa nasihat Datuk Vida yang perlu kita ambil;

1. Datuk Seri Vida pesan zakat kena bayar. Baru cepat bisnes maju.

2. Hati mesti baik dan sentiasa tolong orang.

3.  Datuk Seri Vida cakap juga sentiasa bersedekah.

Moga kita semua ambilnya sebagai motivasi untuk berjaya..kerana setiap kejayaan yang dikecapi diatas izinNya.




Read More
Published 9:32 PM by mobile262

Fast and Furious 7 Aksi yang mendebarkan


Peminat-peminat filem-filem Fast & Furious!!! Inilah peluang terakhir anda menyaksikan filem Fast & Furious 7 yang penuh dengan aksi-aksi yang mendebarkan, emosi dan persahabatan! Jangan ketinggalan untuk menyaksikan filem yang WAJIB ditonton tahun ini. 



Layari http://my.shareddis.com/p/9XLMe untuk info lebih lanjut.


Read More
Published 4:16 AM by mobile262

Pesawat Air Asia Hilang


Disaat Negara mengalami bencana banjir yang paling buruk, kita digemparkan dengan kehilangan pesawat Air Asia Indonesia yang membawa 162 penumpang dan anak kapal dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapore.

Menurut Detik.com, pesawat itu berlepas pada 5.20 pagi (waktu indonesia) dan dijangkakan tiba di Singapore pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan. Pesawat tersebut dilaporkan hilang di perairan Belitung. 

Usaha mencari kini sedang giat dijalankan di bawah seliaan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Indonesia. AirAsia sudah menubuhkan Pusat Talian Kecemasan kepada keluarga dan waris penumpang dan mereka boleh menghubungi talian itu di +622129850801.

Difahamkan, seorang rakyat Malaysia berada di dalam pesawat tersebut.
Read More
Published 9:16 PM by mobile262

Gambar-gambar banjir di Kelantan


Banjir di Kelantan, nampaknya semakin buruk dengan kebanyakkan tempat di Negeri ini dinaiki air, terutamannya yang berdekatan dengan sungai. 

Setakat hari ini, 25 Dis 2015..mangsa banjir masih lagi meningkat dengan pertambahan pusat2 pemindahan. Teruk terjejas bandar Kota Bharu, tanah merah, pasir mas, dan bandar- bandar sekitar.




Di kuala krai dan Gua musang masih lagi tidak berubah, dengan peningkatan air di sungai-sungai utama.












Read More
Published 5:38 PM by mobile262

Badhri Radzi AFF Suzuki 2014


Khidmat Pemain TRW, Mohd Badhri Radzi akan digunakan bagi menggerakkan jentera tengah pasukan harimau Malaya, khamis ini bagi membantu pasukan negara berdepan pasukan Vietnam..Pada pusingan pertama Malaysia tewas 2-1 dengan aksi yang tidak begitu meyakinkan. 

Amri yahyah juga akan diturunkan bagi menguatkan jentera serangan, begitu juga dengan Indra yang dilihat begitu menyerlah dengan kemasukkannya pada babak kedua perlawanan menentang vietnam tempoh hari. Indra banyak membuat larian dan cubaan berbahaya. Kemungkinan Dollah Salleh akan memberi peluang kepada Indra untuk berada di kesebelasan utama bersama Piya..

Walauapapun, diharapkan pasukan negara tidak begitu tertekan dan bermain dengan bersemangat demi maruah negara..
Read More
Published 6:37 PM by mobile262

PLAT MUMMY ?



Pemilik kenderaan MUMMY atau MCM1774, Kathy Fauziah di saman JPJ dalam satu sekatan jalan raya di lebuh raya DUKE ekoran menggunakan nombor yang tidak mengikut spesifikasi JPJ. Kereta jenis Audi A5 yang dipandu beliau adalah hadiah daripada anaknya Shahiezy Sam. 

Akur dengan kesalahan tersebut, Ibu Shahiezy Sam segera menukar plat nombor ke bentuk asal dan tidak akan mengulanginya lagi..fobia dengan insiden tersebut beliau agak takut untuk memandu lagi lepas ini dan menasihati rakan-rakan artis supaya patuh kepada undang-undang jalan raya.


Read More
Published 8:12 AM by mobile262

Orang Paling Kaya di Malaysia


Berikut adalah senarai Orang yang paling kaya di Malaysia menurut Forbes. Siapa tak kenal dengan Robert Kuok dan Ananda Krishnan..Cuba anda lihat jumlah kekayaan mereka melebihi $10 billion!! Apa yang mereka lakukan untuk mendapat kekayaan sebegini banyak!!. Semestinya dengan perniagaan, peladangan, hartanah dan sebagainya..

Antara lain ialah Lim Kok Thay (casinos), Quak Leng Chan (banking, real estate), Teh Hong Piow (banking), Lee Shin Cheng ( palm oil, real estate ), Syed Mokhtar Albukhary ( diversified), Yeoh tiong Lay ( contruction, power, real estate ), dan tak lupa juga Vincent Tan (diversified)



Read More
Published 12:40 AM by mobile262

Harga baru Ron95, Ron 97 dan Diesel


Kerajaan hari ini menetapkan harga bagi minyak petrol RON95 bagi bulan Disember 2014 dikurangkan sebanyak 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter manakala harga bagi ron 97 dikurangkan sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter, walaubagaimanapun harga bagi diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter ( kenaikan sebanyak 3 sen ).
Penetapan harga baru ini berkuat kuasa hari ini selaras pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal harga petrol dan diesel di negara ini. Kenyataan ini diumumkan oleh menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.


Read More
Published 6:17 PM by mobile262

Semak Keputusan UPSR 2014


Bagi ibubapa dan calon UPSR, kini anda boleh menyemak keputusan UPSR 2014 dengan hanya perlu ikut arahan di bawah.

Semakan SMS:

Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888
Read More
Published 9:07 AM by mobile262

Pahang Juara Piala Malaysia 2014


Tahniah buat Pasukan Pahang yang berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia Dan JDT terpaksa akur dengan kekalahan terse but walaupun berjaya menguasai permainan.

Nasib masih lagi menyebelahi pasukan Pahang, Biarpun terpaksa bermain dengan 10 orang. Pahang bertahan hingga ke perlawanan tambahan Dan penentuan penalti menjadi penentu kejayaan Pahang dengan Norsharul Izlan Talaha gagal menyempurnakan sepakan penalti.




Read More
Published 8:27 PM by mobile262

Gambar budak sekolah agama pegang anjing viral di media sosial


Belum sempat reda isu ' I want to touch a dog' tersebar pula gambar budak-budak sekolah Agama di Johor yang menyentuh anjing, namun gambar tersebut didakwa berlaku sebulan yg lepas.

Berikutan kes tersebut, pihak sekolah telah mengambil tindakan berhubung isu berkenaan termasuk menerangkan tentang hukum menyentuh anjing kepada semua murid untuk mengelakkan perkara sama berulang. 

Menurut cerita dari ibu kanak-kanak terbabit, murid di dalam gambar itu baru pulang dari sekolah sebelum ternampak seekor anjing bersama tuannya. Lalu mereka di pelawa menyentuhnya dengan alasan anjing itu jinak.
Read More
Published 5:26 AM by mobile262

Felda vs JDT live


Saksikan perlawanan yang penuh mendebarkan antara Felda United Vs JDT dalam Piala Malaysia 2014, Separuh akhir pertama. yang akan berlangsung di Stadium M.P Selayang. Sepak Mula akan berlansung pada 8.45 mlm. Bagi yang tidak berkesempatan menonton di TV bolehlah melayari >>http://livesport4u.com/stream1.html untuk menonton secara streaming di tablet, smartphone dan komputer.
Read More
Published 5:10 AM by mobile262

Bonus Setengah Bulan Gaji


TERKINI; Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak memberi nafas lega buat Penjawat awam dengan pengumuman bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 danbayaran bonus berkenaan akan dibuat pada Januari 2015. 

Bagi Pesara kerajaan, sebanyak RM250 akan diberi bagi membantu meringankan beban kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat. Pembayaran ini dijangkakan akan dibuat pada awal januari tahun depan.
Read More
Published 5:02 AM by mobile262

Intipati Bajet 2015


Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan tema "Ekonomi Keperluan Rakyat." mengariskkan beberapa strategi utama.
Antara tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.
Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.
1.RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
2.RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.
3.Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion
4.Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).
5.Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)
6.Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
7.Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.
8.Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.
9.Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.
10.Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.
11.RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.
12.Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.
13.Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.
14.Projek infrastruktur 2015; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaik taraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).
15. Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.
16.Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.
17. RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara.
18.RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi
18.Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'.
19.RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
20. TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)
21.Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).

22. RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi
23.Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.

24 Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.
25. Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar.
26.Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.
27 Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus.
sumber; BH
Read More
Published 9:31 AM by mobile262

Bukit Bintang di Bom !


Bukit Bintang, hari ini dikejutkan dengan insiden membaling Bom, awal pagi semalam yang mengakibatkan Seorang terbunuh dan 14 lagi cedera. Menurut ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng turut mengesahkan bahawa sasaran ditujukan kepada individu tertentu. 

Menurut penyiasatan polis, mangsa yang meninggal dunia ialah pekerja joki kereta, Tiong Kwang Yie, yang cedera parah dalam kejadian membaling bom tersebut. Ketua Jabatan Kecemasan HKL, Datuk Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata, senarai penuh mangsa insiden bom yang dihantar ke HKL masih belum dapat disahkan kerana beberapa maklumat masih belum diperoleh.

Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut.

Pasukan polis akan menyiasat apakah motif disebalik kejadian yang berlaku.
Read More
Published 10:17 AM by mobile262

Jadual Peperiksaan UPSR Matematik 015/1

Berikut adalah Jadual Baru bagi peperiksaan Matematik kod 015/1 Sekolah Rendah pada 9 Oktober 2013. Peperiksaan ini akan berlangsung pada sesi pagi


Read More