Published 4:34 PM by mobile262

USTAZ KAZIM TOLAK LAMARAN MT UMNO


TERKINI; Pendakwah bebas, Mohammad Kazim Elias atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Kazim memberitahu pihak media bahawa beliau terpaksa menolak tawaran sebagai MT UMNO kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha dakwah yang dilakukan selain mengelakkan pertikaian parti dan mereka yang mahu memburuk-burukkan nama beliau.
Beliau berkata; ' Keputusan tersebut di buat secara mendalam dan tidak dipengaruhi atau dilakukan atas desakan mana-mana pihak'.
Kazim turut menjelaskan, beliau tidak mempunyai sebarang kepakaran dan pengalaman dalam dunia politik dan lebih selesa menjalankan kerja-kerja dakwah seperti biasa.

Read More
Published 4:33 PM by mobile262

KERETA PM KENA LANGGAR DI PARLIMEN


Seorang Pemuda menghadapi detik cemas apabila dengan tidak sengaja melanggar kereta PM Datuk Seri Najib Tun Razak di laluan masuk ke bangunan parlimen untuk mengambil pas keselamatan, Walaubagaimanapun perlanggaran itu tidaklah teruk sangat pun.
Lelaki berusia 20-an itu dikatakan terlupa menarik brek tangan kereta Volvonya menyebabkan kereta itu terundur dan terlanggar kereta Proton Perdana yang dinaiki Najib, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi, bagaimanapun tiada kerosakan pada kedua-dua kereta, katanya.
Read More
Published 8:07 AM by mobile262

BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN AWAM - Bonus Dibayar 2 Jan 2014


Berita baik !, Kakitangan Awam bakal menerima bonus seawal Januari 2014. Di Petik dari Sumber Harian dan tengoktvonline memberitahu bahawa Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM 500 yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2014. 


Read More
Published 7:18 PM by mobile262

BIL ELEKTRIK NAIK TAHUN DEPAN


TERKINI; Tarif elektrik Negara akan naik sebanyak 15 % bagi Semenanjung Malaysia dan 17 % bagi Sabah dan Labuan mulai tahun hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili.
Purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan naik sebanyak 4.99 sen bagi satu kilowatt (KWJ) atau 14.89% daripada kadar purata semasa daripada 33.54sen/kWh kepada 38.53 sen/kWh.
Bagi Sabah dan Labuan, purata tarif elektrik akan naik sebanyak 5.0 sen setiap KWJ atau 16.9 %, daripada 34.52 sen setiap KWJ kepada 29.52 sen per Kwh.
Read More
Published 4:05 AM by mobile262

AWAS SENJATA API TIRUAN !!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan arahan kepada semua pemilik senjata tiruan untuk menyerahkan senjata mereka kepada pihak polis sebelum 25 Disember ini atau memohon lesen menerusi syarikat atau persatuan sukan yang berdaftar.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, senjata berkenaan menyerupai senjata api yang sebenar dan amat mudah diperolehi di Internet melalui online. Walaupun pada asalnya ia digunakan untuk sukan paintball namun jika disalahgunakan, ia akan mengundang parah.

Senjata tiruan ini menyerupai hampir 95 peratus senjata asal dan banyak kes rompakan dan kecurian melibatkan penggunaan senjata ini. Ia juga boleh diubah suai dengan membolehkan ia menggunakan peluru berbahaya seperti ' bebola besi' 'guli' atau 'paku'

Read More