Published 12:29 AM by mobile262

TERKINI; Safee Sali Kahwin Lagi ?


Apa yang meniti dibibir peminat Safee Sali, kini terjawab apabila Safee Sali menyiarkan beberapa keping gambar kad kahwin beliau dengan calon Isteri yang merupakan warga Indonesia. Bintang bola sepak, Safee Sali akhirnya akan mengakhiri zaman solonya buat kali kedua bersama wanita pilihannya, Sasha.

Mohd Safee, 29, akan mengadakan majlis resepsinya pada 28 Disember, ini. Sebelum ini, beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabrina Yusoff pada 2007 dan bercerai pada 2012. Dalam perkahwinan itu, beliau  telah dikurniakan dua orang cahaya mata.


Read More
Published 4:30 PM by mobile262

SEMAK SEMULA KADAR TOL 2014; KENAIKAN 30 SEN - RM 1


Rakyat Malaysia diharap telah bersedia dengan beberapa kenaikan, selepas siri kenaikan harga petrol, diesel dan gula pada tahun ini. Turut tidak ketinggalan dengan tarif elektrik dan kemungkinan kadar tol juga.
Menurut sumber dari Kosmo, desas-desus kenaikan kadar tol itu dijangka antara 30 sen sehingga RM1 melibatkan beberapa lebuh raya di Malaysia.
Katanya, terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol bagi tahun 2014 malahan terdapat cadangan kenaikan sekitar 20 peratus sehingga 40 peratus.
Kenaikan tersebut dikatakan tidak dapat dielakkan memandangkan pada akhir tahun ini terdapat beberapa syarikat pengendali lebuh raya yang perlu mematuhi perjanjian konsesi yang telah ditandatangani.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya terdapat semakan semula struktur kadar tol pada tahun depan.


Read More
Published 2:46 PM by mobile262

BANJIR PAHANG SEMAKIN TERUK


Setelah beberapa daedah di Negeri Pahang dinaiki air, Kini Raub menjadi daerah terbaharu yang dilanda banjir dengan seramai 39 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan.Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di Pahang setakat pukul 10 malam ini mencecah lebih 40,000 orang di 121 pusat pemindahan.
   
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Kuantan masih mencatat jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 34,635 orang yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan. Di Pekan, masih terdapat 2,887 mangsa di 26 pusat pemindahan, Temerloh 847 mangsa banjir di 22 pusat pemindahan, Jerantut 607 orang di 11 pusat pemindahan dan Maran seramai 764 mangsa di sembilan pusat pemindahan.
   
Bera seramai 123 orang di lapan pusat pemindahan, Rompin 53 orang di empat pusat pemindahan, Lipis seramai 53 mangsa di empat pusat pemindahan. - Bernama
Read More
Published 3:58 AM by mobile262

3 BUAH KERETA MEWAH LAMBORGHINI TERBAKAR


Kejadian yang berlaku dekat Seremban, pukul 9.57 pagi tadi melibatkan tiga kereta Lamborghini yang hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) , menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.




Kejadian berpunca daripada salah sebuah kereta daripada 5 buah kenderaan itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya PLUS sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu. Akibat rempuhan tersebut menyebabkan berlakunya kebakaran ketiga-tiga kereta terbabit.


Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan teruk, namun begitu semua pemandu dan penumpang kereta tersebut terselamat.
Read More
Published 4:20 PM by mobile262

Remaja Maut Dibelasah Curi Tabung Masjid


Tindakan seorang remaja lelaki yang cuba mencuri duit dalam tabung masjid akhirnya berakhir dengan beliau dibelasah dan meninggal dunia pada jam 11 pagi ketika dirawat di Hospital Ampang, enam jam selepas insiden berkenaan. Kejadian tersebut berlaku di kawasan Masjid di Pandan Indah. 
Kejadian yang berlaku pukul 5 pagi itu, disedari oleh empat penduduk yang melalui kawasan masjid tersebut yang melihat  suspek berusia lingkungan 20-an itu cuba 'memancing' salah satu daripada tiga buah tabung menggunakan dawai yang dilekatkan dengan gula-gula getah.
Ekoran kejadian tersebut, polis telah menahan 2 lelaki tempatan dan 2 warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh. 



Read More