Published 6:56 AM by mobile262

APA YANG MENARIK TENTANG I PHONE 5


Bagi peminat apple iphone 5. Anda kini boleh memiliki iphone5 yang akan dilancarkan pada 14 dec 2012, sedikit lewat berbanding negara asia yang lain. Harga untuk i phone 5 bermula RM 2,199 untuk 16GB. Apa yang menarik tentang iphone 5 ialah.

1. Kamera

Kamera pada iPhone 5 adalah 8 megapiksel, sama dengan 4S. Apple dikatakan berkerja keras pada bahagian kamera kerana rekabentuk iPhone 5 yang sangat nipis. Beberapa penambahbaikan dilakukan oleh Apple seperti ‘color saturation’ yang lebih baik, warna yang lebih cantik berbanding 4S, kualiti gambar ketika kurang cahaya yang lebih baik serta menangkap gambar dengan kadar ‘instant’. Rakaman video adalah HD penuh 1080p serta sokongan ‘image stabilization’. Apple juga menambah fungsi ‘Panorama’ untuk menangkap gambar luas secara berterusan.
Kamera bahagian hadapan kini 1.2 megapiksel dan mampu merakam video HD 720p. Kualiti kamera hadapan pada iPhone 5 jauh lebih tajam dan cantik berbanding kamera VGA 0.3 megapiksel pada 4S. Kualiti ketika melakukan panggilan video Facetime juga lebih baik dan tajam.
2.Software
iPhone 5 didatangkan dengan sistem operasi terbaru dari Apple iaitu iOS 6. Anda boleh lihat fungsi-fungsi baru iOS 6 di sini. Khas untuk iPhone 5, kesemua aplikasi di dalam iOS 6 sudahpun di ubahsuai untuk skrin yang lebih besar. Banyak aplikasi di dalam App Store seperti Facebook, Twitter, Path, Temple Run dan FlipBoard telahpun dikemaskini untuk menggunakan skrin 4 inci sepenuhnya. Lain-lain aplikasi dan permainan akan dikemaskini secara berperingkat. iOS 5 tahun lepas mempunyai integrasi menyeluruh dengan Twitter, dan kini iOS 6 menambah integrasi dengan Facebook secara menyeluruh. Gambar daripada ‘Camera Roll’ boleh di post terus ke Facebook tanpa membuka aplikasi berasingan serta boleh tweet dan post status Facebook dari ‘Notification Center’.
iOS 6 juga mempunyai Maps baru yang dibuat oleh Apple sendiri. Maps lebih cantik, dengan fungsi ‘turn by turn navigation’ (fungsi ini boleh digunakan di Malaysia pada bulan Oktober) dan fungsi 3D yang hebat dinamakan Flyover. Walaubagaimanapun, terdapat banyak kritikan tentang Maps yang baru ini seperti kecacatan pada gambar dan list yang tidak tepat. Apple mengatakan mereka sedang memperbaiki dan akan mengemaskini Maps tersebut.
iOS 6 juga mempunyai aplikasi Passbook yang boleh dianggap seperti beg duit maya ‘virtual wallet’ dengan fungsi menyimpan kupon, tiket kapal terbang, kad starbucks dan banyak lagi. Tetapi rasanya Passbook ini masih tidak berguna di Malaysia walaupun ada yang mengatakan Malaysia Airlines (MAS) akan menyokong Passbook pada masa akan datang.
sumber; blog