Published 7:11 AM by

Rahsia Kejayaan Datuk Seri Vida


Siapa tak kenal Datuk Seri Vida atau Hasmida..pengusaha produk terlaris di pasaran dengan tagline "Qu Putih Qu Putih, Barulah Putih" dengan gelagatnya yang mencuit hati ..siapa yang menonton extravaganza.


Namun tak ramai yang tahu disebalik kejayaannya dalam dunia perniagaan, tersimpan memori pahit manis sebelum digelar Datuk Seri Vida. Masa kecil lagi Datuk suka berniaga..hinggalah ke universiti.

Habis Universiti Datuk Seri bertugas sebagai seorang guru, namun niaga tetap diteruskan, maklumlah dah jadi darah daging..ketika itu Datuk Seri dah mempunyai beberapa buah Salon Kecantik.

Tak cukup sekadar itu, Datuk Seri mencuba untuk mengeluarkan produk sendiri, namun tak berhasil..kegagalan tidak memusnahkan harapan Datuk Seri, sebaliknya beliau memperkenal satu produk anti-aging khusus untuk golongan yang ingin kekal muda..Ketika itu Pamoga dihasilkan.


Dalam pada itu Datuk Seri kehilangan 2 orang yang tersayang sekelip mata ..iaitu anak beliau yg tersayang..teragedi kebakaran meragut nyawa anak beliau..Moga Allah menempatkan mereka di Jannah.

Dua tahun Datuk menyendiri bagi mengembalikan semangat dan kekuatan dan akhirnya beliau kembali dengan kejayaan demi kejayaan..

Apa nasihat Datuk Vida yang perlu kita ambil;

1. Datuk Seri Vida pesan zakat kena bayar. Baru cepat bisnes maju.

2. Hati mesti baik dan sentiasa tolong orang.

3.  Datuk Seri Vida cakap juga sentiasa bersedekah.

Moga kita semua ambilnya sebagai motivasi untuk berjaya..kerana setiap kejayaan yang dikecapi diatas izinNya.