Published 12:51 AM by

TERKINI- PBNP DAN JDT TERIMA PADAH

Kelana Jaya: Insiden kekecohan penyokong sehingga menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam kelmarin, terpaksa ditunda, membawa padah kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) apabila didenda maksimum RM100,000.Lebih memeritkan apabila pasukan kendaliannya, Pahang diarahkan beraksi menentang Johor Darul Takzim (DT) pada perlawanan separuh akhir kedua di gelanggang berkecuali, Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini dalam keadaan cuaca panas. Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) juga tidak terkecuali apabila Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengadakan mesyuarat khas, semalam turut memutuskan didenda RM20,000 kerana insiden berkenaan. 
Read More
Published 7:43 AM by

TERKINI-Perlawan Separuh Akhir Ke-2 JDT VS PAHANG Sabtu Ini.

 
PERLAWANAN separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) yang ditunda semalam akan diadakan Sabtu ini di Stadium Bukit Jalil pada jam 4.15 petang. Gara-gara kekecohan yang berlaku di stadium Darul Makmur, sehingga menyebabkan perlawanan antara JDT dengan Pahang terpaksa ditangguhkan.

Keputusan ini diputuskan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM, hari ini. 
Read More
Published 4:01 PM by

Gambar Ustaz Azhar Idrus Kahwin - Terkini

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.

Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar.
Read More
Published 8:38 AM by

Gol Cantik Kelantan Vs Terengganu- Piala FA 2013 di Youtube


Juara Bertahan Piala FA, Kelantan berjaya menewaskan Terengganu dalam separuh akhir pertama Piala FA 2013 dengan keputusan 4 – 1 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu
Kelantan terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal pelawat menerusi Ashaari Shamsuddin seawal minit ke 2″ hasil tandukannya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan menyerang bertubi tubi ke kubu Terengganu yang dikawal oleh Sharmiza yang dilihat agak cemerlang menepis setiap asakan Kelantan.Gol Kelantan hanya terhasil pada minit ke 79″ selepas kemasukan Dickson Nwakaeme menggantikan Fakri Saarani dan berjaya memberi impak positif serta menjaringkan gol penyamaan Kelantan.

Gol Kedua Kelantan terhasil minit ke 88″ menerusi sepakan Indra tertampan pemain Terengganu dan gagal diselamatkan Sharmiza.Kelantan menambah duka Terengganu apabila sepakan penalti Obinna Nwaneri minit ke 92″ berjaya memberi jaringan ketiga Kelantan . Gol terakhir Kelantan dihasilkan menerusi Zairo Anuar Zailani yang menyepak kencang menerusi kaki kiri untuk menewaskan Sharmiza.

Tamat Perlawanan : Kelantan menang selesa 4 – 1 ke atas Terengganu untuk membawa bekalan bagi perlawanan Separuh Akhir kedua di Kuala Terengganu 28 Mei nanti.
Read More
Published 1:26 AM by

Pembunuh Susilawati Dihukum Gantung!


Shah Alam: Bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang dihukum mati kerana membunuh empat individu termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong, Banting dekat sini, tiga tahun lalu, disifatkan Hakim Datuk Akhtar Tahir sebagai penjahat profesional.Ketika membacakan penghakimannya di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam Akhtar berkata, keempat-empat tertuduh, Pathmanabhan, 43, T Thilaiyalagan, 21, R Matan, 22, dan R Kathavarayan, 33, adalah contoh penjenayah kejam yang tidak mengenal mangsa sama ada golongan miskin atau orang kenamaan.“Kes ini menunjukkan plot (pembunuhan) ngeri yang dilaksanakan Pathmanabhan dan konco-konconya dengan cara yang paling dahsyat sekali,” katanya. Akhtar menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas keempat-empat tertuduh selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Read More
Published 5:23 AM by

Kabinet 2013


 SENARAI ANGGOTA KABINET 2013

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang
          
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
  
Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri:  Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun
  
Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah
Read More
Published 2:05 AM by

Menteri Besar Selangor Milik Siapa ?


Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menyaksikan penyusutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) di Selangor.

Yang mengejutkan, kekalahan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang tewas kepada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Hanipa Maidin dengan majoriti tipis sebanyak 1,104 undi.

PAS dijangka akan memiliki jawatan eksekutif kerajaan negeri Selangor apabila parti itu menang besar dengan memenangi 15 kerusi DUN sama dengan DAP. Namun undang-undang negeri memperuntukkan jawatan Menteri Besar hanya boleh disandang oleh ADUN dari kalangan Melayu dan beragama Islam.

Walaubagaimanapu dijangkakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memegang pemerintahan Selangor untuk penggal kedua. 
Read More
Published 7:26 PM by

Kedudukan terkini liga super 2013

Beginilah kedudukan liga super 2013 sehingga 8 Mei 2013, menyaksikan Lion XII mendahului carta kedudukan liga super diekori rapat oleh ATM. Manakala juara liga super tahun lepas 'Kelantan' menduduki tangga ke 8 selepas Menang ke atas Felda United semalam. Malang buat Negeri sembilan yang menduduki tangga tercorot selepas mengalami kekalahan demi kekalahan.
Read More
Published 8:36 AM by

Kerusi Panas PRU13

Kerusi Panas Parlimen Shah Alam; pertembungan Zulkifli Nordin mewakili Barisan Nasional dan Khalid Samad, PAS di kerusi Parlimen Shah Alam semestinya bakal menarik perhatian banyak pihak termasuk penganalisa politik negara.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh, merupakan antara kerusi panas dalam PRU13 ini dimana berlakunya pertembungan di antara Ketua Umum PKR yang juga merupakan figura politik Malaysia, Anwar Ibrahim dan Dr. Mazlan Ismail yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Kerusi Panas Gelang Patah;Keputusan Lim Kit Siang, untuk bertanding di Gelang Patah untuk melawan Datuk Abdul Ghani Othman, memeranjatkan ramai pihak.
Satu lagi kawasan panas di sebelah utara yang menjadi tumpuan ramai pemerhati politik, setakat ini masih lagi menjadi kubu bagi Barisan Nasional (BN) setelah memenangi kerusi tersebut sejak Pilihanraya tahun 2004 lagi. 
Kerusi Panas Bandar Putrajaya; Pertembungan antara Husam Musa(PAS) dan Tengku Adnan (UMNO) di lihat menjadi tumpuan pada pilihanraya kali ini.  sejak sedekad lalu jadi tidak mudah untuk mana-mana parti lain untuk merampas kota yang dipasak kukuh dengan pemodenan dan ditunjukkan kepada rakyat malaysia sebagai antara nadi kemajuan rakyat Malaysia. Di mana kebenarannya? 

Read More
Published 8:21 AM by

video untuk dia - najwa latif dan sleeq cecah 10.3 juta tontonan di youtube

Video Muzik Untuk dia yang dinyayikan oleh Najwa latif dan Sleeq mencecah angka lapan angka tontonan di youtube menjadikannya video tempatan paling popular mengatasi video lagu Mutiara hati dendangan Siti Nurhaliza dan Hafiz Suip yang menduduki tangga ke sembilan.
Read More
Published 2:29 AM by

Dakwat Kekal Hilang dalam masa beberapa jam?

KUALA LUMPUR - Dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal mudah hilang dengan membasuh jarinya mungkin disebabkan kegagalan sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi cara penggunaan dakwat itu.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata ekoran dakwaan itu, SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang.

"Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi.

Oleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa.Beliau berkata SPR telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya.

Kamaruddin berkata SPR juga menerima maklumat bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pemimpin parti politik berkaitan perkara itu.Ujian yang dilakukan oleh SPR semalam adalah terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos dengan sebahagian daripada mereka dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian yang lain pula dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang.

Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal, katanya.Beliau berkata SPR ingin memaklumkan bahawa SPR membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal bagi tempoh lima hingga tujuh hari," katanya.
SPR akan mengadakan demonstasi kepada wakil media esok untuk menunjukkan perkara itu. -sumber . sinarharian

Read More