Juara Bertahan Piala FA, Kelantan berjaya menewaskan Terengganu dalam separuh akhir pertama Piala FA 2013 dengan keputusan 4 – 1 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu
Kelantan terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal pelawat menerusi Ashaari Shamsuddin seawal minit ke 2″ hasil tandukannya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat
Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan menyerang bertubi tubi ke kubu Terengganu yang dikawal oleh Sharmiza yang dilihat agak cemerlang menepis setiap asakan Kelantan.Gol Kelantan hanya terhasil pada minit ke 79″ selepas kemasukan Dickson Nwakaeme menggantikan Fakri Saarani dan berjaya memberi impak positif serta menjaringkan gol penyamaan Kelantan.
Gol Kedua Kelantan terhasil minit ke 88″ menerusi sepakan Indra tertampan pemain Terengganu dan gagal diselamatkan Sharmiza.Kelantan menambah duka Terengganu apabila sepakan penalti Obinna Nwaneri minit ke 92″ berjaya memberi jaringan ketiga Kelantan . Gol terakhir Kelantan dihasilkan menerusi Zairo Anuar Zailani yang menyepak kencang menerusi kaki kiri untuk menewaskan Sharmiza.