Published 4:15 PM by mobile262

Direjam Sampai Mati Kerana Miliki Akaun Facebook


Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook.

Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral.

Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut. "Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina," menurut laporan itu. - Dailymail
Read More
Published 8:49 AM by mobile262

Kedudukan Terkini Liga Super 2014


Keputusan perlawanan liga super malam tadi menyaksikan beberapa pasukan beraksi untuk merebut tangga teratas liga. Terengganu kini berada di kedudukan atas liga dengan 10 mata, diikuti Kelantan Dan Serawak. 

Keputusan Perlawanan liga super 2014(15 Feb 2014) 

1. Kelantan 3 T-team 0
2. JDT 4 Selangor 1
3. Terengganu 2 Pahang 0
4. ATM 1 Lions XII 2
5. Serawak 1 Perak 0





Read More
Published 6:59 PM by mobile262

Kelantan vs T-Team Liga Super 2014


SELEPAS menundukkan PKNS FC 3-2 di saingan suku akhir pertama Piala FA, Kelantan mengalih tumpuan menghadapi T-Team dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, walaupun moral The Red Warriors (TRW) berada pada tahap yang baik, namun pasukan kendalian Steve Darby perlu berwaspada melayan kunjungan pasukan berstatus kelab dari Terengganu itu.
Read More
Published 12:22 AM by mobile262

Khairul Fahmi Che Mat Bergelar Bapa


Akhirnya, Apek atau Khairul Fahmi Che Mat bergelar seorang bapa apabila isterinya Leuniey selamat melahirkan seorang bayi Perempuan. Gambar diupload dalam facebook beliau.

Read More
Published 12:12 AM by mobile262

Ibu Dibakar Hidup-hidup ketika menyusukan bayi.

Lagi kes Tragis di India, Seorang ibu dibakar hingga mati oleh suami dan keluarga lelaki itu apabila gagal membayar hantaran perkahwinan. Lebih menyayat hati apabila ibu tersebut dibakar hidup-hidup ketika menyusukan bayi perempuannya.
Ekoran kejadian tersebut, polis menahan suaminya, Gunjan Masat yang didakwa menyimbah minyak tanah ke tubuh Devi dan bayi perempuan mereka sebelum membakar kedua-dua beranak itu. Menurut bapa Devi, Raghuni Rana pasangan itu berkahwin lebih setahun tetapi masalah timbul selepas Devi melahirkan bayinya.
Bagi menutupi kematian Devi dan agar kelihatan seolah-olah seperti kemalangan, Gunjan meletakkan tubuhnya berhampiran pendiang api, selain turut meletakkan bekas air berhampiran tempat itu.

Pada awal pagi 30 Januari, seorang penduduk melihat Devi dan bayi perempuannya terbaring di halaman rumah mentuanya.

Dia masih bernyawa ketika itu walaupun tubuhnya melecur 90 peratus. Dua beranak itu kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Read More