Published 8:27 PM by mobile262

Gambar budak sekolah agama pegang anjing viral di media sosial


Belum sempat reda isu ' I want to touch a dog' tersebar pula gambar budak-budak sekolah Agama di Johor yang menyentuh anjing, namun gambar tersebut didakwa berlaku sebulan yg lepas.

Berikutan kes tersebut, pihak sekolah telah mengambil tindakan berhubung isu berkenaan termasuk menerangkan tentang hukum menyentuh anjing kepada semua murid untuk mengelakkan perkara sama berulang. 

Menurut cerita dari ibu kanak-kanak terbabit, murid di dalam gambar itu baru pulang dari sekolah sebelum ternampak seekor anjing bersama tuannya. Lalu mereka di pelawa menyentuhnya dengan alasan anjing itu jinak.
Read More
Published 5:26 AM by mobile262

Felda vs JDT live


Saksikan perlawanan yang penuh mendebarkan antara Felda United Vs JDT dalam Piala Malaysia 2014, Separuh akhir pertama. yang akan berlangsung di Stadium M.P Selayang. Sepak Mula akan berlansung pada 8.45 mlm. Bagi yang tidak berkesempatan menonton di TV bolehlah melayari >>http://livesport4u.com/stream1.html untuk menonton secara streaming di tablet, smartphone dan komputer.
Read More
Published 5:10 AM by mobile262

Bonus Setengah Bulan Gaji


TERKINI; Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak memberi nafas lega buat Penjawat awam dengan pengumuman bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 danbayaran bonus berkenaan akan dibuat pada Januari 2015

Bagi Pesara kerajaan, sebanyak RM250 akan diberi bagi membantu meringankan beban kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat. Pembayaran ini dijangkakan akan dibuat pada awal januari tahun depan.
Read More
Published 5:02 AM by mobile262

Intipati Bajet 2015


Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan tema "Ekonomi Keperluan Rakyat." mengariskkan beberapa strategi utama.
Antara tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.
Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.
1.RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
2.RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.
3.Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion
4.Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).
5.Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)
6.Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
7.Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.
8.Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.
9.Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.
10.Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.
11.RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.
12.Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.
13.Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.
14.Projek infrastruktur 2015; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaik taraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).
15. Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.
16.Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.
17. RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara.
18.RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi
18.Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'.
19.RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
20. TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)
21.Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).

22. RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi
23.Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.

24 Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.
25. Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar.
26.Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.
27 Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus.
sumber; BH
Read More
Published 9:31 AM by mobile262

Bukit Bintang di Bom !


Bukit Bintang, hari ini dikejutkan dengan insiden membaling Bom, awal pagi semalam yang mengakibatkan Seorang terbunuh dan 14 lagi cedera. Menurut ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng turut mengesahkan bahawa sasaran ditujukan kepada individu tertentu. 

Menurut penyiasatan polis, mangsa yang meninggal dunia ialah pekerja joki kereta, Tiong Kwang Yie, yang cedera parah dalam kejadian membaling bom tersebut. Ketua Jabatan Kecemasan HKL, Datuk Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata, senarai penuh mangsa insiden bom yang dihantar ke HKL masih belum dapat disahkan kerana beberapa maklumat masih belum diperoleh.

Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut.

Pasukan polis akan menyiasat apakah motif disebalik kejadian yang berlaku.
Read More
Published 10:17 AM by mobile262

Jadual Peperiksaan UPSR Matematik 015/1

Berikut adalah Jadual Baru bagi peperiksaan Matematik kod 015/1 Sekolah Rendah pada 9 Oktober 2013. Peperiksaan ini akan berlangsung pada sesi pagi


Read More
Published 8:58 PM by mobile262

Video Kelantan vs Kedah ; Piala Malaysia 3 Oktober 2014


Bagi anda yang terlepas pelawanan Kelantan lawan Kedah dalam aksi perlawanan piala Malaysia, suku akhir pertama yang berlangsung semalam (3 Oktober 2014). Kelantan menang 3-1 ke atas kedah.




Read More
Published 8:21 PM by mobile262

Jus Daun Betik Penawar Demam Denggi


Jus daun betik dikatakan mampu menawar penyakit demam denggi yang sekarang ini semakin menular dan mengalami peningkatan yang mendadak. Bagi seseorang yang menghidapi demam denggi anda akan mengalami perkara-perkara berikut;

1. Demam pada hari ke 3 hingga ke 14 selepas digigit nyamuk yang dijangkiti. Suhu badan biasanya dapat mencecah 40-41 C dan berlarutan 2 hingga 7 hari.
2. Pesakit kebiasaanya akan mengalami sakit kepala yang teruk dan sakit otot dan sendi.
3. Ruam pada badan selepas 3 dan 4 hari demam
4. Muntah dan kurang selera makan.

Walaupun tiada ubat khusus untuk pesakit demam denggi. Pesakit hanya akan dimasukkan ke wad sekiranya mengalami demam denggi berdarah dan diberikan rehidrasi untuk memastikan betiau tidak mengalami renjatan.

Antara penawar yang biasa diamalkan oleh masyarakat negara kita ialah denganmengamalkan meminum jus daun betik. Ini terbukti dengan surat edaran kepada pengarah Hospital..anda boleh baca dibawah.


Walauapapun, penawar ini bukanlah ubat khusus untuk pesakit demam denggi, namun ia adalah salah satu langkah alternetif untuk penyakit ini. Sekiranya anda ingin menyediakan jus daun betik..sila rujuk pada gambar diatas.



Read More
Published 6:59 AM by mobile262

Google Maps Street View Malaysia


Pemandangan Imej di Sepanjang Jalan di Malaysia kini dapat dilihat secara realiti tidak lagi secara 3d atau imej setelit. Dengan Google Street View, anda boleh menyaksikan panorama disekeliling jalan di Malaysia. Kini Hampir 90 peratus imej pemandangan yang didapati di sepanjang jalan-jalan Semenanjung Malaysia kini boleh dilihat di Google Street View dari laman peta Google Maps.



Ia termasuk lebuh raya utama dan jalan bertol, jalan negeri, pusat bandar dan kawasan kejiranan. Menurut google Malaysia, google street view akan dikemaskini untuk satu atau dua bulan dan akan bergerak ke Sabah dan Serawak untuk perancangan yang akan datang.




Inilah dia antara kenderaan dan alatan yang digunakan dalam pembangunan Google Street View. Kereta Street View mula bergerak pada tahun lepas untuk merakam gambar pemandangan jalan raya dan lebuh raya di Malaysia.

Manakala bagi kawasan-kawasan bukan jalan utama (off road), mereka menggunakan ' Street View Treker' dengan menggunakan sistem kamera yang diletakkan pada beg sandang. Bagi pemandangan laut, mereka mengunakkan bot untuk merakam imej persekitaran.
Read More