Published 8:02 AM by mobile262

JDT TEWAS KEPADA PAHANG 1-0


Tahniah kepada pasukan Pahang, apabila berjaya menewaskan JDT 1-0 dalam perlawanan yang penuh mendebarkan. Gol sumbangan pemain tengah Pahang, Mohd. Faizol Hussain cukup menjadi bekal untuk membawa pasukan Pahang ke pentas perlawanan akhir Piala FA. Kemenangan Pahang dengan agregat 2-1 cukup mengembirakan jurulatih Zainal Abidin Hassan. 
Pahang bakal berdepan cabaran samada Kelantan atau Felda United..sama-sama kita saksikan perlawanan Kelantan menentang Felda, Esok..
Read More
Published 5:24 AM by mobile262

live streaming Kelantan vs Felda


Saksikan Live streaming perlawanan Felda United vs. Kelantan, separuh akhir kedua pada 31 Mei 2014 Piala FA.

Siaran langsung perlawanan antara Felda United menentang Kelantan akan bermula pada 8.00 malam dan bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh. Namun siaran live kat TV belum dipastikan disiarkan atau tidal.

Siaran Perlawanan JDT menentang Pahang akan disiarkan secara eksklusif menerusi Astro Arena saluran 801.
Read More
Published 7:03 PM by mobile262

2 Produk Cadbury Sah ada DNA babi

Antara produk cadbury yg mengandungi dna babi ialah Hazelnut Cadbury Dairy Milk dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond. Tindakan itu dibuat susulan daripada penemuan DNA babi (porcine) yang terdapat dalam produk Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Badam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini berdasarkan keputusan analisis yang dibuat mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA babi (porcine) iaitu:

1) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

2) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

KKM mengambil maklum isu pengesanan DNA babi (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei.
Read More
Published 1:01 AM by mobile262

Padah Lari dari Sekolah

Gara-gara ingin pulang awal dengan memanjat pagar sekolah, tangan kiri seorang pelajar tingkatan lima tertusuk jeriji pagar berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi semalam, pelajar berumur 18 tahun itu bersama-sama 20 rakannya yang mahu pulang awal bertindak memanjat pagar tersebut.

Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Muhd berkata, dia bersama rakan lain baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan dan memanjat pagar sebagai jalan pintas untuk pulang.

“Selepas tergelincir, saya berada dalam keadaan tergantung kerana pagar agak tinggi. Saya ingatkan baju yang tersangkut pada jeriji, rupa-rupanya tangan kiri yang tertusuk pada besi pagar.

“Disebabkan terlampau sakit, saya panjat semula pintu pagar dan menunggu hampir sejam sebelum diselamatkan pasukan Bomba,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Muhd menerima 30 jahitan selepas dirawat di Hospital Pasir Mas.

"Syukur Alhamdulillah kerana ia tidak mencederakan tulang mahupun saluran darah utama.

"Kejadian ini memberikan pengalaman yang sukar dilupakan dan pengajaran bermakna juga kepada saya serta rakan," kata anak kedua daripada tiga beradik ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Rahmat Kamaruzaman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.11 tengah hari dan segera ke lokasi kejadian dengan kekuatan tujuh anggota.

“Setibanya di lokasi, kami dapati kaki mangsa tidak mencecah tanah, sementara tangan kirinya tertusuk pada besi pintu pagar.

“Kami berusaha menyelamatkan mangsa dengan memotong sebahagian pagar besi menggunakan pemotong hidraulik," katanya
Read More
Published 3:49 AM by mobile262

Hadiah Istimewa Sempena Hari Guru 2014


Dipetik daripada BERNAMA, Netbook 1Malaysia akan turut dihadiah kepada warga pendidik bagi menghargai golongan itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam catatan laman Facebooknya, beliau berkata, perkara itu telah dipersetujui Kabinet dalam mesyuarat mingguannya Rabu lalu.

Buat permulaan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara akan menerimanya. "Ini adalah hadiah Hari Guru kami untuk guru-guru seluruh negara. Guru tonggak kemajuan negara. SelamatHari Guru," katanya merujuk kepada sambutan Hari Guru hari ini.

Sebagaimana yang telah diketahui Program pemberian Netbook 1Malaysia diperkenalkan pada 2010 yang bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar. Sehingga kini, lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga kurang berkemampuan. 
Read More
Published 12:09 AM by mobile262

Gambar Perkahwinan Misha Omar dan Firos


Artis terkenal tanah air- Misha Omar telah say bergelar isteri kepada Juruterbang Firos Ezzwan. Blogs kini mengucap Jutaan tahniah  buat Misha Omar dan Firos.

Majlis pernikahan telah diMRI .kan di negeri kelahiran Misha di Hotel Renaissance, kota Bharu. Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omarmenerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan dari pihak pengantin lelaki.

Rakan artis yang turut sama hadir, antaranya ialah Adibah Noor, Fara Fauzana, Dina, Jaclyn dan ramai lagi. Majlis resepsi pengantin lelaki akan berlangsung di hotel concorde , KL, pada 12 mei.
Read More