Published 3:30 AM by

18 Lagu Raya Popular Sepanjang Zaman


Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut lebaran dan pastinya akan lebih meriah lagi apabila dihiasi dengan dendangan lagu-lagu Raya. Berikut disenaraikan 18 Koleksi lagu Raya yang Hit  sepanjang zaman dan boleh dikatakan tidak jemu apabila mendengarnya. Antara lagu Raya berikut ialah;

1.Dari Jauh Kupohon Maaf - Sudirman, 
2.Suasana Hari Raya - Anuar & Ellina, 
3.Senandung Hari Raya Untukmu - Dayang Ku Intan , 
4.Hari Raya Hari Bahagia  - Ramlah Ram, 
5. Satu Hari Di Hari Raya - M Nasir, 
6. Selamat Hari Raya - Ahmad Jais, 
7.Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat Exist, 
8. Aidilfitri - Sanisah Huri, 
9.Suara Takbir - P. Ramlee, 
10.Harapan Ramadhan - Raihan Feat Manbai, 
11. Seloka Hari Raya - Uji & Hair Amir, 
12. Musafir Di Aidilfitri - S Jibeng, 
13. Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza, 
14. Kepulangan Yang Di Nanti - Aman Shah, 
15. Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone, 
16. Sesuci Lebaran - Siti Nurhaliza
17. Suasana Hari Raya - Sharifah Aini
18 Keinsafan Di Hari Raya.mp3 -  Nash 
Read More
Published 1:07 AM by

Kereta Audi Fizo Omar Kemalangan


Di musim perayaan sebegini, banyak kedengaran berlakunya kemalangan Jalan Raya hampir setiap hari, saat dan ketika..Antara yang mencuri tumpuan saya, kemalangan yang melibatkan kereta mewah AudiS5 pengacara, pelakon dan pemilik "hotburger" iaitu Fizo Omar. Walaubagaimanapun beliau ketika itu berada di Kuala Lumpur. 

Semasa saya melalui Jalan Kuala-Krai ke Kota Bharu saya sempat melihat kereta Fizo yang tersadai ditepi jalan. Kereta yang dipandu oleh adik bongsu beliau Wan Normimi Adila 19, mengalami kerosakkan yang teruk dibahagian hadapan, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan termasuklah ibu Fizo yang berada di seat penumpang.

Saya nasihatkan agar kita semua berhati-hati ketika berada dijalan raya..memandulah dengan penuh berhemah dan berhati-hati agar kita semua dilindungi Allah S.W.T.

Read More
Published 7:51 AM by

Pesawat Air Algerie Terhempas dan Kesemua Penumpang Terbunuh


Kejadian malang yang menimpa MAS MH17 mendukacitakan seluruh dunia dan tidak sampai 2 minggu lepas itu pesawat milik Air Algerie AH5017 disahkankan ‎terhempas di Niger selepas terbang melalui ribut kuat. 

Stesen televisyen Algeria Elnahar mengesahkan pesawat itu terhempas ‎kerana cuaca buruk. ‎Pesawat malang tersebut terhempas selepas melalui bandaraya Niger dan dianggarkan kesemua116 orang penumpang terbunuh. 

Terdapat enam anak kapal, kebanyakannya warga Sepanyol, dan 110 penumpang, yang terdiri daripada warga Perancis. Terdahulu pesawat 
TransAsia Airways GE222 yang terhempas ketika membuat pendaratan cemas di kepulauan Penghu, selat Taiwan terbakar selepas gagal membuat cubaan pendaratan kali kedua ketika cuaca buruk.


Menurut laporan awal, 51 orang dipercayai terbunuh dan tujuh lagi mengalami kecederaan parah.Pesawat dengan 54 penumpang dan empat anak kapal itu dipercayai cuba melakukan pendaratan pertama di lapangan terbang Makung Penghu tetapi gagal dan cubaan keduanya menyebabkan ia tersasar ke perkampungan Penghu Siansi Xixi yang terletak berhampiran.

Read More
Published 7:36 AM by

Suspek Rogol beramai-ramai diburu Polis


Suspek dalam Kejadian kes Rogol beramai-ramai di Ketereh, Kota Bharu kini diburu pihak berkuasa selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan. Kejadian yang berlaku pada 25 Mei lalu melibatkan 38 orang lelaki yang merogol 2 orang remaja perempuan, namun begitu pihak berkuasa mengesahkan hanya 21 orang yang terlibat.

"Mereka ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

“Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,” 


Setakat ini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah...baki suspek masih lagi diburu..


Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai individu terbabit sila hubungi balai polis yang terdekat...
Read More
Published 1:22 AM by

TERKINI ! Tragedi MH17 di Ukraine


Setelah rundingan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia dengan ketua pemberontak Alexander Borodai, yang menguasai wilayah Ukraine yang bergolak..Akhirnya mereka bersetuju menghantar mangsa Nahas MH17 ke Kharkiv (iaitu kira-kira 500KM dari Kiev) dan di sini beberapa anggota Pasukan Siasatan Khas Malaysia , kira-kira 500km dari Kiev, untuk menunggu mayat yang dikumpulkan daripada pesawat MAS yang terhempas di Ukraine, Khamis lepas.
    
Pasukan itu terdiri daripada 23 petugas daripada Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (Smart), 12 anggota forensik polis dan pegawai Kementerian Pengangkutan. Sembilan pemberita turut menyertai mereka.    
Mereka berlepas dari Kiev pada 10.30 malam Isnin (3.30 pagi Selasa waktu  Malaysia) dan tiba di tempat pertemuan pada 6 pagi semalam (11 pagi waktu Malaysia).
    
Kumpulan itu dihantar ke Kharkiv berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada Isnin malam, bahawa 282 mayat akan dipindahkan dengan kereta api dari Torez ke Kharkiv .    
Komander Operasi Smart mengenai misi MH17, Deputi Superintendan Peter Johnny memberitahu, kereta api yang dijadualkan tiba pada pukul 6 pagi (11 pagi waktu Malaysia), namun terdapat sedikit kelewatan.
    
"Ia mungkin mengambil masa empat hingga lima jam untuk tiba di stesen. Mungkin pada 10 pagi atau 11 pagi (3 petang atau 4 petang  waktu di Malaysia)," katanya.
    
MH17, berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.
    
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15  anak kapal.
    
Ia dipercayai telah ditembak jatuh tetapi sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab menyebabkan nahas itu. - Bernama
Read More
Published 10:38 AM by

Gempar!! Mangsa MH17- Update Status di Facebook


Menurut sumber yang diperolehi, salah seluarga mangsa nahas MH17 dilaporkan ada menerima mesej melalui laman sosial Facebook mangsa. Kenyataan ini dibuat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, memaklumkan perkara itu melalui kemas kini status Facebooknya, sebentar tadi.

Beliau telah bertemu keluarga mangsa MH17 dan salah seorangnya merupakan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, Leftenan Komander Lee Vee Weng yang kehilangan isteri, anak dan adik ipar dalam nahas, Khamis lalu. Isteri beliau yang merupakan seorang pensyarah Universiti Malaysia Sabah yang ke Eropah untuk membentangkan kertas kerja di Universiti Antwerp yang membawa adik perempuan bagi membantu menjaga anak lelaki mereka yang berusia setahun ketika dia menghadiri persidangan.

“Seseorang telah menemui iPad isterinya dan cuba menghubungi ahli keluarga menerusi Facebook yang tidak didaftar keluar. Individu itu menghantar mesej kepada kakak mangsa yang kebetulan online namun mesej tersebut dalam bahasa Rusia,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya telah menyerahkan perkara itu kepada kedutaan Ukraine di Kuala Lumpur untuk mengesan individu tersebut.
Read More
Published 6:32 PM by

Senarai Penumpang MH17 yang terbunuh dalam Nahas Terburuk di Malaysia


Berikut adalah senarai penuh anak-anak kapal MH17 yang terkorban


1. KAPTEN WAN AMRAN BIN WAN HUSSIN
2. KAPTEN CHOO JIN LEONG EUGENE
3. AHMAD HAKIMI BIN HANAPI
4. MUHAMAD FIRDAUS BIN ABDUL RAHIM
5. MOHD GHAFAR BIN ABU BAKAR
6. DORA SHAHILA BINTI KASSIM
7. AZRINA BINTI YAKOB
8. LEE HUI PIN
9. MASTURA BINTI MUSTAFA
10. CHONG YEE PHENG
11. SHAIKH MOHD NOOR BIN MAHMOOD
12. SANJID SINGH SANDHU
13. HAMFAZLIN SHAM BINTI MOHAMED ARIFIN
14. NUR SHAZANA BINTI MOHAMED SALLEH
15. ANGELINE PREMILA RAJANDARAN
Manakala berikut pula adalah senarai penumpang yang terkorban dalam kejadian Nahas MH17 :
Penumpang Pesawat MH17 bagi rakyat Belanda : 143 orang
Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Australia : 27 orang
Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Malaysia : 20 orang (2 bayi)
Penumpang Pesawat MAS MH17 bagi rakyat Indonesia : 11 orang (1 bayi)
Penumpang MAS MH17 bagi rakyat British : 6 orang
Penumpang MAS MH17 bagi rakyat Jerman : 4 orang
Penumpang MH17 bagi rakyat Belgium : 3 orang
Penumpang MH17 bagi rakyat Filipina : 3 orang
Penumpang MH17 bagi rakyat Kanada : 1 orang
Penumpang MH17 bagi rakyat Amerika syarikat : 23 orang
Tidak diketahui : 39 orang
Jumlah warga Malaysia 35
Jumlah Penumpang : 280 orang
Kru teknikal MAS MH17 : 4 lelaki
Kru kabin MAS MH17 : 11 (3 lelaki / 8 wanita)
Kejadian yang berlaku adalah tidak dijangka dan iaNya adalah ketentuan Ilahi, moga-moga waris mangsa bersabar dan menerima dengan pasrah. 
Read More
Published 3:59 PM by

Lagi Gambar MH17 Terhempas

Kejadian yang menimpa MAS cukup menyedihkan rakyat Malaysia di saat kita berduka bila MH370 belum di temui. Pesawat Boeing 777 itu berangkat dari Amsterdam, Belanda pada pukul 12.15 petang waktu tempatan (17 Julai) dan dijangkakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi ini (18 Julai). Pesawat MAS tersebut dikatakan ditembak dengan peluru berpandu jarak dekat, namum MAS ia belum dipastikan lagi sehingga kertas siasatan selesai.


Pesawat tersebut membawa seramai 280 penumpang dan 15 anak kapal dan semuanya dikuatiri terbunuh..Pihak kerajaan Malaysia akan sedaya upaya menjejaki dan mencari dalang disebalik kejadian tersebut. Setakat ini tidak ada pihak yang tampil untuk bertanggungjawab.
Antara gambar-gambar sekitar kejadian tersebut..begitu menyayat hati di saat Umat Islam berpuasa, 
kapten pesawat - turut terkorban









Read More
Published 9:43 AM by

GEMPAR! LAGI PESAWAT MAS TERHEMPAS...


Berita yang diterima cukup mengusarkan Malaysia di mana pesawat penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa sejumlah 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan terhempas berhampiran sempadan Ukraine, Rusia. Belum sempat kita menemui MH370, kini sebuah lagi pesawah MH17 Terhempas dan disyaki ditembak. 
Dunia kini mula beralih arah ke arah Malaysia..Dalam satu kenyataan 'Pihak MAS dalam laman Twitter mengatakan bahawa pesawat MH17 dari Amsterdam gagal dihubungi dan lokasi terakhir dikesan adalah berdekatan Ukraine'
Sumber penerbangan dari Moscow memberitahu kepada Reuters bahawa pesawat tersebut kelihatan sedang terbakar telah terhempas di bahagian timur Ukraine.
Sumber berkenaan turut melaporkan pesawat tersebut gagal memasuki ruang udara Rusia.
Menurut Penasihat Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko yang juga dipetik daripada AP menyatakan bahawa pesawat tersebut telah ditembak oleh peluru berpandu pada kedudukan ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).
Walau bagaimanapun, pengesahan mengenainya belum dapat disahkan secara rasmi.
Sejak kebelakangan ini, beberapa pesawat tentera telah ditembak oleh kumpulan peluru berpandu ini di bahagian timur Ukraine di mana pemberontak pemisah pro-Rusia telah berjuang memerangi tentera kerajaan.
Pejabat Luar United Kingdom (UK) berkata, pihaknya sedar mengenai laporan kemalangan itu dan "segera berusaha untuk mengesahkan apa yang telah berlaku".

Read More
Published 1:45 AM by

Youtube CDM25 kini jadi Viral dan Trending di Malaysia.


Susulan apa yang berlaku dalam kejadian pemilik kereta tersebut mengamuk dan mencaci pakcik tua, kini ramai dikalangan kaki blogger, facebook, twitter, whatsup, dan sebagainya mengulang siar isu hangat ini..termasuklah saya. Apa yang dikesali di sini ialah sikap keterlaluan dan beremosi pemilik kenderaan tersebut. 

Apa yang berlaku mungkin dalam keadaan marah dan emosi ketika itu tidak stabil lantas memungkinkan berlakunya tindakan diluar dugaan...ramai di antara kita mungkin marah, geram, meyampah atau meluat melihat kejadian tersebut..tak kurang juga menjadi bahan lawak di media-media sosial..

Implikasi dari kejadian ini ..Mungkin juga akan terkesan kepada industri kereta peugeot di Malaysia..ataupun pemilik kenderaan sendiri atau no platnya..siapa yang tahu kesudahannya Allahu a'lam. Di bulan puasa yang penuh keberkatan dan keampunan marilah kita sama-sama memuhasabah diri kita , melakukan amal kebajikan dan banyakkan bersabar..InsyaAllah
Read More
Published 6:50 PM by

Jadual Piala Malaysia 2014


Selepas berakhrinya piala dunia 2014, kini tiba pula Saingan Piala Malaysia 2014. Saingan pusingan awal Piala Malaysia 2014 akan berlangsung pada 13, 14, 19, 20, 22, 23, 26, 27, 29 dan 30 Ogos selain pada 2 dan 3 September. Pertandingan itu akan berehat sebulan sebelum memasuki peringkat suku akhir pada 3, 4, 17 dan 18 Oktober.

Jadual separuh akhir pula ditetapkan pada 24, 25 dan 31 Oktober serta 1 November manakala perlawanan akhir pada 8 November, dijangka dilangsungkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Read More
Published 10:44 AM by

10 Ciri Briged al-Qassam yang perlu anda ketahui


Briged al-Qassam merupakan sayap Hamas yang bersiap sedia menghadapi ancaman Rejim Zionis dan mereka merupakan pejuang yang berhati waja kerana sanggup berkorban apa saja demi menegakkan agama Islam yang tercinta. Kekuatan sebenar Hamas dan al-Qassam tidak dapat dipastikan, namun kekuatan kumpulan pejuang ini tidak boleh dipandang ringan oleh kuasa luar terutama Amerika Syarikat mahupun Rusia.

Bagi menyertai kumpulan ini, seseorang haruslah mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

1 - Mendapat izin dari ibu bapa untuk syahid.
2 - Mendapat izin dari ketua masjid di tempat tinggalnya dengan pengesahan individu itu tidak meninggalkan solat subuh berjemaah selama tiga bulan.
3 - Tidak melakukan maksiat atau menghisap rokok.
4 - Wajib mempelajari tafsir al-Quran.
5 - Wajib membaca al-Quran satu juzuk sehari.
6 - Wajib menghafaz 40 hadis Arba’in (Imam Nawawi).
7 - Puasa sunat dan bertahajud.
8 - Tahap kecerdasan tinggi.
9 - Kerap hadir di majlis pengajian ilmu.
10 - Mengamalkan zikir harian.
Read More
Published 5:46 PM by

Israel Semakin Mengganas


Israel Kini makin mengganas dan bertindak keterlaluan disaat umat Islam Palestin berpuasa. Awal pagi semalam, dua masjid di Jebaliya dan Deir el Balah musnah terkena bedilan roket Zionis, yang masuk hari kelima serangan keatas bumi Palestin.

Perbuatan itu dianggap makin kurang ajar dan kejam. Tidak terhenti di situ, semalam sahaja, Zionis meragut 16 lagi nyawa termasuk sembilan kanak-kanak di Deir el Balah dan di Beit Lahiya. Rejim Zionis akan terus menggandakan serangan udara  sebelum serangan darat dan laut dilancarkan.


Perbuatan mengebom masjid dan orang awam adalah keterlaluan. Semalam, media tempatan melaporkan, tentera Israel ada menyiarkan beberapa gambar masjid untuk dibedil menerusi laman media sosial.

Israel mula meningkatkan tumpuan sasaran di 1,100 kawasan dalam Gaza setiap minit sepanjang tempoh 24 jam sejak lima hari lalu.

Serangan makin sengit itu tidak menunjukkan tanda untuk ia dihentikan dan jauh sekali untuk mengisytiharkan gencatan senjata.


Read More
Published 5:29 PM by

Kemenangan Gila 7-1 Memeningkan kepala Mueller?


Thomas Mueller pening kepala dan terkejut dengan kemenangan ‘gila’ 7-1 pasukannya menundukkan Brazil untuk melangkah ke final Piala Dunia. Pemain kelab gergasi Jerman, Bayern Munich mengakui tidak percaya dengan keputusan tersebut, Namun secara keseluruhan pasukan Jerman bermain dengan amat baik dan konsisten berbanding Brazil. Mueller kini di kedudukan kedua penjaring gol terbanyak sepanjang piala dunia 2014 dan baki 1 perlawanan memungkinkan Mueller menjadi penjaring terbanyak mengatasi Rodriquez.



Read More
Published 8:02 AM by

Keputusan Penuh; Brazil vs Jerman Piala Dunia 2014


Jerman menampilkan aksi menarik dengan berjaya menewaskan Brazil dengan jaringan 7-1 piala dunia World Cup 2014 peringkat semifinal, dengan ini Jerman melangkah dengan penuh bergaya untuk ke final Piala dunia. Brazil tanpa Neymar dilihat tempang dan tidak berjaya mencipta peluang dihadapan gol. Dengan kekalahan yang memalukan ini, pastinya seluruh penyokong dan peminat Brazil akan kecewa dan terus kecewa..



Perlawanan yang disiarkan di Astro Arena Supersport dan RTM berlangsung dari Stadium Estádio Mineirao Belo Horizonte , Brazil pada pukul 4 pagi waktu malaysia, 9 Julai 2014. Manakala perlawanan antara Belanda dan Argentina akan berlangsung pada pukul 4 pagi waktu Malaysia, awal pagi khamis. Pasukan mana yang akan mengisi slot ke pentas akhir? Sama-sama kita saksikan nanti. Bagi saya, Belanda adalah pasukan pilihan yang bakal mengiringi Jerman.
Read More
Published 6:33 PM by

Bonus Raya Aidilfitri 2014

Berita baik untuk penjawat awam,

Kerajaan bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan (bonus Hari Raya 2014) sebanyak RM500 sebagai persiapan hari raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Berita ini disampai sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata, bantuan khas atau bonus raya 2014 itu juga akan dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

"Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat mulai 15 Julai ini. Bayaran bonus penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu kerajaan negeri Selangor turut mengumumkan pemberian bonus hari raya 2014 sebanyak sebulan gaji. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selanogr telah memutuskan bersetuju yang mana pengumuman bonus ini dilakukan sendiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memberikan bonus raya kakitangan kerajaan Selangor 2014 bagi membantu penjawat awam Selangor membuat persediaan lebih awal bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri 2014
Read More