Published 8:02 AM by mobile262

Keputusan Penuh; Brazil vs Jerman Piala Dunia 2014


Jerman menampilkan aksi menarik dengan berjaya menewaskan Brazil dengan jaringan 7-1 piala dunia World Cup 2014 peringkat semifinal, dengan ini Jerman melangkah dengan penuh bergaya untuk ke final Piala dunia. Brazil tanpa Neymar dilihat tempang dan tidak berjaya mencipta peluang dihadapan gol. Dengan kekalahan yang memalukan ini, pastinya seluruh penyokong dan peminat Brazil akan kecewa dan terus kecewa..



Perlawanan yang disiarkan di Astro Arena Supersport dan RTM berlangsung dari Stadium Estádio Mineirao Belo Horizonte , Brazil pada pukul 4 pagi waktu malaysia, 9 Julai 2014. Manakala perlawanan antara Belanda dan Argentina akan berlangsung pada pukul 4 pagi waktu Malaysia, awal pagi khamis. Pasukan mana yang akan mengisi slot ke pentas akhir? Sama-sama kita saksikan nanti. Bagi saya, Belanda adalah pasukan pilihan yang bakal mengiringi Jerman.