Published 1:35 AM by mobile262

CHE TA DAN ZAIN SAIDIN; WEEDING OF THE YEAR


Perkahwinan Che Ta dan Zain Saidin bakal mencatatkan sejarah tajaan perkahwinan paling grand di Malaysia dan paling mahal diterima pasangan artis tempatan, Siapa lagi kalau tak Rozita atau lebih dikenali dengan "Che Ta" dan Zain Saidin.

Tajaan termahal ialah daripada Habibs Jewels yang bakal memastikan Rozita Che Wan berseri-seri dengan barang kemas yang bernilai RM10 juta. Sementara itu busana yang bakal digayakan ketika malam berinai adalah tajaan Bianco Mirmosa bernilai RM55,000. Tidak ketinggalan baju nikah RM100,000 daripada Man Kajang dan baju persandingan bernilai RM150,000.

Pada majlis pernikahan yang akan berlangsung di Gazebo Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, itu nanti, Che Ta bakal menerima wang hantaran RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.

Majlis berinai Che Ta akan diadakan pada 10 Disember ini dan seterusnya, majlis resepsi pasangan pengantin berlangsung pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, jam 8.30 malam.