Published 2:26 AM by mobile262

JOHOR CUTI JUMAAT DAN SABTU TAHUN HADAPAN


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang. 

Pertukaran cuti itu dilihat memberi implikasi positif bagi pembangunan pesat Wilayah Pembangunan Iskandar.Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.
Sebelum ini, pada tahun1994, cuti di Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu. Menurut sumber Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman.
Nampaknya bertambahlah negeri yang cuti hari jumaat..Diharap selepas ini banyak lagi negeri lain yang memberi cuti hari Jumaat, kerana ia merupakan hari kebesaran bagi Umat Islam.