Published 4:25 AM by

DICKSON NWAKAME TINGGALKAN KELANTAN!!


Selepas beberapa orang pemain tonggak pasukan kelantan bakal meninggalkan pasukan The Red Worrior, Seorang lagi tonggak pasukan kelantan iaitu Dickson Nwakame dikatakan bakal meninggalkan Kelantan untuk berhijrah ke Eropah. Menurut laman facebook Tan Sri Anuar Musa, Pemain berusia 27 tahun itu dikatakan mendapat tawaran untuk beraksi bersama sebuah kelab di Eropah. 

Kelantan kini dirundung duka selepas beberapa orang pemain ternama mereka seperti Mohd Norfarhan Mohammad, Indra Putra Mahyuddin, Azizi Mat Rose, Mohd Rizal Fahmi Rosid, S Subramaniam, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Shakir Shaari dan Mohd Izuan Solahuddin dikatakan bakal berhijrah ke beberapa pasukan lain. 

Selain itu, KAFA turut kehilangan pengendali berbakat dari Croatia, Bojan Hodak yang memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya bersama persatuan itu pada musim hadapan dan mengambil bekas jurulatih Perak, Steve Darby bagi mengisi kekosongan tersebut. 

Dalam entri berasingan di laman sosial itu juga, Annuar berkata KAFA menawarkan gaji paling tinggi yang pernah ditawarkan kepada mana-mana pemain tempatan dalam pasukan itu dalam usaha KAFA mengekalkan pemain tengah, Mohd Norfarhan, daripada berhijrah ke pasukan lain.