Published 8:01 PM by mobile262

Piala Sumbangsih 2014


Piala sumbangsih 2014 akan menemukan JUARA Liga Super 2013, Lions XII dengan Juara Piala Malaysia 2013, iaitu pahang. Perlawanan dijangkakan akan berlangsung pada 17 Januari 2014 di Stadium Shah Alam bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih 2014.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2014 akan dijadikan perlawanan sulung bagi pembuka tirai musim baharu liga Malaysia musim hadapan dan pasukan Lions XII akan bertindak selaku pasukan tuan rumah. Menurut FAM Lagi 'Keputusan perlawanan Piala Sumbangsih membabitkan juara Liga Super dari negara jiran (Singapura), Lion XII dan Pahang selaku juara Piala Malaysia akan dikira sebagai mata pertama kepada kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super. 
Manakalan Sepak mula saingan Liga Premier pula adalah pada 24 Januari 2014 manakala Piala Presiden pula dijadualkan pada 27 Januari 2014.