Published 8:07 PM by

SUSPEK PEMBUNUHAN KEJAM PEGAWAI AMBANK DITANGKAP!


TERKINI; Suspek utama kes tembak mati pegawai AmBank di Subang Jaya pada bulan lalu telah ditahan di Johor pagi tadi, dalam cubaan meloloskan diri ke Indonesia. Menurut pengarah jabatan siasatan jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, Suspek ditahan oleh pasukan polis Diraja Malaysia di Kampung Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, sekitar pukul 7 pagi tadi.

Dengan penahanan suspek utama berkenaan, polis menganggap kes terbabit selesai. Suspek warga Indonesia itu disyaki berada di Kota Tinggi dalam usaha untuk meloloskan diri ke negara jiran melalui laluan tikus.
Perairan Johor sering menjadi tumpuan pintu masuk keluar penyeludupan manusia membabitkan Malaysia-Indonesia termasuk dijadikan laluan transit haram warga Afghanistan untuk ke Australia.