Published 8:47 AM by mobile262

IRFAN BAKTI LETAK JAWATAN ?


Desas desus mengatakan Irfan Bakti meletakkan jawatan beliau sebagai jurulatih Selangor..mungkin ada kebenarannya, Menurut akhbar kosmo Irfan Bakti telah melepaskan jawatannya sebagai jurulatih the red Giant akibat prestasi hambar skuad kendaliannya dalam kempen Piala Malaysia setakat ini. Dikejutkan dengan kekalahan demi kekalahan..skuad Merah Kuning kini berada ditangga tercorot kumpulan A.

Read More
Published 3:40 PM by mobile262

CARDIFF CITY BENAM MANCHESTER CITY

Pertembungan awal pagi tadi menyaksikan pasukan Cardiff City bukan calang-calang pasukan kerana melakukan kejutan besar dengan membenam Manchester City 3-2 di laman sendiri, ini merupakan sejarah bagi bagi pasukan Cardiff City yang membawa logo Malaysia.
kelab dari Wales itu garang bangkit melakukan kejutan untuk menundukkan juara liga 2012 yang membariskan pemain termahal. Fraizer Campbell muncul penentu kemenangan apabila menyumbat dua gol dalam 11 minit terakhir untuk memberikan barisan Malky Mackay kejayaan manakala Aron Gunnarsson menyamakan kedudukan gol pembukaan City yang dijaringkan Edin Dzeko minit ke-52.

Read More
Published 8:56 AM by mobile262

TERKINI- Nahas Bas Genting Highland


Kemalangan yang melibatkan bas di Genting Highland meragut nyawa sekurang-kurangnya 37 penumpang setakat ini selepas bas terjunam ke dalam gaung petang tadi, sewaktu menuruni bukit. kemalangan ini merupakan yang terburuk dan melibatkan banyak nyawa yang terkorban,
Setakat ini, hanya 17 mayat berjaya dikeluarkan kata Timbalan Ketua Pengarah Bomba Datuk Soiman Jahid. Seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang. 
Bas tersebut dipercayai membawa 53 penumpang di mana kemalangan berlaku pada jam 2.46 petang.
Read More
Published 1:59 AM by mobile262

Gambar Kereta Golf GTI UAI Kemalangan

Gambar sekitar kemalangan yang melibatkan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus yang berlaku di kawasan Pengadang Baru, Kuala Terengganu baru-baru ini. 

Menurut sumber, Kereta yang dinaiki oleh Azhar Idrus telah bertembung dengan sebuah kereta lain , di persimpangan lampu isyarat yang menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut berlanggar. Walaubagaimana polis masih lagi menyiasat punca sebenar kejadian. 
Read More
Published 1:26 AM by mobile262

Terkini - Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2013


Berikut adalah jadual perlawanan yang bakal dilalui oleh pasukan-pasukan pilihan dalam liga Piala Malaysia 2013. Siapakah bakal juara Piala Malaysia kali ini ? Mungkinkah Kelantan akan mengekalkan Piala Malaysia di Negeri Cik Siti Wan Kembang ? ..Atau mungkin piala Malaysia akan menjadi Milik JDT? Sama-sama kita saksikan perlawanan yang hebat ini. Bagi Kumpulan A, berikut adalah jadual perlawanan yang bakal dilalui.


Manakala bagi kumpulan b iaitu Felda United, T-Team, PKNS FC, dan Johor DT akan mengharungi perlawanan-perlawanan berikut ;


Untuk Kumpulan C  iaitu Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan akan berentap pada tarikh dan waktu seperti yang terdapat dalam jadual perlawanan di bawah. Kumpulan C, merupakan kumpulan tumpuan ketika ini, kerana dibarisi oleh kumpulan yang hebat..dengan juara Treble dilihat sebagai pencabar terkuat. 


Untuk format kali ini FAM masih mengekalka format lama dengan dua pasukan terbaik akan layak secara automatik ke peringkat suku akhir manakalan perlawanan akhir akan dijangkakan berlangsung pada 3 November 2013, di Stadium Nasional bukit Jalil...diharap tiada pasukan akan merungut pasal padang..


Read More
Published 5:45 PM by mobile262

Proton Suprima S 1.6 Hatchback



Akhirnya Proton Holding Berhad mendedahkan nama bagi model preve hatchback iaitu Proton Suprima S. Menurut sumber model ini akan dilancarkan esok di Pusat pameran dan konvosyen MATRADE,Model ini dijual pada harga lebih RM70,000 seunit kerana dipadankan dengan enjin berkuasa Turbo dan menjadi model kereta pertama di negara ini yang menggunakan radio Android keluaran Blaupunkt yang mempunyai fungsi untuk melayari Internet, dengan sentuhan kejuruteraan Lotus yang terkenal daripada segi aspek teknologi enjin dan pemanduan, model baru itu mampu memikat golongan muda yang gemarkan kereta yang lebih sporty serta kompak. Ciri keselamatan lain ialah sistem brek anti kunci (ABS), EBD, beg udara SRS berkembar, kawalan cengkaman (TC), pengawal stabiliti elektronik (ESC) dan lampu hadapan automatik.Ciri lain termasuk butang kawalan di stereng, pedal penukar gear di stereng, butang pemula, auto cruise, pengelap cermin automatik, sistem audio sambungan Bluetooth, USB, iPod dan navigasi GPS.
Read More
Published 7:11 AM by mobile262

Amalan Sunat Sebelum dan Selepas Hari Raya


Assamualaikum, esok umat Islam akan menyambut Hari Kebesaran Islam iaitu Aidilfitri. Berikut adalah amalan sunat yang di ajar oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika menyambut Aidilfitri.
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidil fitri.
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”
3) Memperbanyakkan Takbir di Hari Raya
Amalan takbir ini merupakan lambang Syiar Islam dan hari Raya merupakan hari dimana umat Islam menyambut hari kemenangan, selain itu kalimah Takbir dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.
Pada zaman Rasulullah SAW, ucapan  “Taqabbalallahu minna wa minkum” dilafazkan ketika bertemu sesama muslim. Ucapan ini bererti "Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
5) Memakai pakaian terbaik ketika berhari raya.
Pakaian yang terbaik tak semestinya yang malah, cukup sekadar  mengikut kemampuan dan tiada pembaziran.
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi).
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya” (Riwayat Al-Bukhari)
7) Berziarah dan kunjung mengunjungi bagi mengeratkan hubungan Silatur-rahmi
Read More
Published 9:31 AM by mobile262

Harimau Malaya atau Barcelona FC Mana Satu Pilihan Anda ?


Pertembungan Harimau Malaya dengan kelab gergasi dunia Barcelona FC sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat harimau malaya yang rata-ratanya adalah peminat tegar Barcelona...terutamanya dengan kemunculan Messi dan Neymar. Pertemuan kali ini boleh dianggap sejarah bola sepak negara. Persoalannya adakah mampu skuad RG menyerap serangan yang akan dilancarkan oleh pasukan terhebat dunia..Jika ya!, maka HM bukan calang-calang pasukan. diharapkan Pasukan Negara kita mampu mengambil iktibar daripada kekalahan demi kekalahan yang ditempuhi sepanjang perlawanan persahabatan tempoh hari.
Read More
Published 8:32 AM by mobile262

Video Hina Islam

selepas gambar yang menghina Islam, muncul pula video chetz yg memuat naik video dia bersama tiga ekor anjing berlatar belakang hari raya di youtube. video yang bertajuk satu hari di hari raya jelas menghina Islam, oleh it jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan Maznah Yusof atau dikenali sebagai Chetz yang memuatnaik video beliau menyambut Aidilfitri bersama tiga anjing dalam laman Facebook sebagai perbuatan menghina Islam.Berikutan itu JAKIM diarah memaklumkan keputusan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan susulan.Ia diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, selepas menyampaikan bantuan Aidilfitri kepada pengawal keselamatan dan pendakwah bebas di sini semalam.
Read More