Published 8:18 PM by

Daftar SSPN-i Plus Online


Menabung dengan SSPN-i Plus kini lebih mudah dengan adanya kemudahan talian internet @ secara online. Sebagaimana yang kita semua maklum Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN) antara institusi perbankan terbaik untuk masa depan anak-anak bagi menyambung pelajaran mereka disamping ganjaran yang hebat ditawarkan kepada penyimpan. Ganjaran berupa kereta mewah, rumah idaman, motosikal dan banyak lagi hadiah-hadiah menarik menanti penabung.


Sudah ramai yang telah berjaya menjadi pemenang dengan hanya menyimpan di PTPTN..Anda Juga mungkin berpeluang untuk menang hadiah-hadiah hebat ini..Di Tahun 2016 PTPTN sekali lagi menawarkan ganjaran hebat untuk penyimpan..setiap RM50 anda layak mendapat satu cabutan.


Langkah - langkah mendaftar secara online.

1. Layari https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/ , kemudian klik pada pembukaan akaun


2. Isi maklumat yang diarahkan seperti yang tertera pada gambarajah di bawah


3. Pilih pakej pilihan anda


berikut adalah panduan bagi anda yang ingin membuat pilihan pakej 

4. Kemudian isi maklumat peribadi anda..


5. Akhir sekali, buat bayaran


Sila bersetuju dengan syarat dan akad bagi meneruskan pendaftar dan menabung dengan SSPN-i Plus..Jom sertai sekarang!!