Published 9:10 AM by mobile262

Keputusan Terkini Piala Malaysia 2014 - 30 Ogos 2014


Berikut adalah keputusan terkini bagi saingan Piala Malaysia 2014 setakat hari ini 30 Ogos 2014. Pesaingan semakin sengit dan mencabar dimana pasukan Pasukan Kelantan Meraih mata penuh dengan menewaskan Pulau Pinang 3-1, begitu juga JDT yang menewaskan ATM 1-0. Kumpulan A, lain pula cerita di mana Pahang ditewaskan LIONSXII dengan kemenangan tipis 2-1 diikuti JDT2 yang tewas kepada Felda United 3-1.

Read More
Published 7:49 PM by mobile262

Yang Mana Pilihan Anda?


Perodua Axia atau Proton Iriz ! yang mana satu pilihan anda? kedua-duanya dalam segmen B yang mana menampilkan ciri-ciri yang menarik dan jimat petrol. Model Perodua Axia yang bakal dilancarkan berkapasiti 1.0 manakala Proton bakal melancarkan enjin berkapasiti 1.3 / 1.6. Perodua Axia boleh ditempah sekarang manakala proton masih lagi menunggu lampu hijau. 

Mengenai harga! perodua telah mengambil langkah awal dengan memperkenal 3 varian untuk modelnya iaitu perodua Axia 1.0 E (Manual) dengan harga sekitar RM 24,000 -RM 25,000, manakala Axia 1.0 G terdapat dalam manual / Auto dengan harga RM 32,000 -RM 35,000. Model Axia E merupakan varian high spec dengan penampilan yang lebih menarik dan yang terakhir adalah Axia Advance iaitu model premium dengan penambahan dari sedia audio, gps, seat leather dan banyak lagi. 

Proton pula akan mengumumkan harga dan spesifikasi dalam masa yang terdekat!. walaubagaimanapun proton baharu yang akan diperkenalkan akan dilengkapkan dengan enam beg udara dan sistem ABS, EPS dan hill hold assist serta enjin VVT 10 peratus lebih menjimatkan minyak berbanding Campro sebelum ini. Kelajuan maksimum dikatakan mampu mencecah 180 km sejam.



Read More
Published 8:09 AM by mobile262

Senarai Penuh Jenazah MH17 yang dibawa pulang..


Tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine telah mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal. Seramai 43 rakyat Malaysia turut terkorban dalam nahas yang paling menyayat hati. Kini proses membawa pulang jenazah tersebut dikatakan akan selamat tiba di Malaysia pada 22 Ogos 2014 (Jumaat). Menurut menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada media dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Kordinasi Istiadat Penerimaan Jenazah Warganegara Malaysia Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. 

Menurut Hishammuddin, 17 jenazah akan diterima dalam keranda, manakala 3 lagi jenazah akan dibawa dalam bekas abu iaitu jenzah Elizebeth Ng, Lee Hui Pin dan Angeline Premilla. 

Berikut merupakan senarai nama penuh dan agama dianuti bagi 20 jenazah yang akan dibawa pulang ke tanah air pada jumaat :

1.Mastura Mustafa (P) - Anak Kapal - Islam
2.Ahmad Hakimi Hanapi (L) - Kru Teknikal - Islam
3.Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Anak Kapal - Islam
4.Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Anak Kapal - Islam
5.Dora Shahila Kassim (P) - Anak Kapal - Islam
6.Foo Ming Lee (L) - Penumpang - Buddha
7.Karamjit Sigh Karnail Singh (L) - Penumpang - Sikh
8.Ng Qing Zheng (L) - Penumpang - Buddha
9.Mabel Anthony Samy (P) - Penumpang - Kristian
10.Paul Rajasingam/Sivagnanam (L) - Penumpang - Kristian
11.Elisabeth Ng Lyeti (P) - Penumpang - Buddha
12.Lee Hui Pin (P) - Anak Kapal - Buddha
13.Angeline Premila Rajandaran (P) - Anak Kapal - Kristian
14.Ariza Ghazalee (P) - Penumpang - Islam
15. Muhammad Afif Tambi (L) - Penumpang - Islam
16. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Penumpang - Islam
17. Chong Yee Pheng (P) - Anak Kapal - Kristian
18. Azrina Yakob (P) - Anak Kapal - Islam
19. Mohd Ali Md Salim (L) - Penumpang - Islam
20. Hasni Hardi Parlan (L) - Penumpang - Islam



Jenazah Mastura Mustafa yang merupakan pramugari MH17 adalah yang pertama akan diturunkan sebaik sahaja pesawat khas Boeing 747 tiba di Kompleka Bunga Raya dari Amsterdam Pesawat berkenaan akan berlepas pada 9.15 malam ini waktu Malaysia dan dijadual tiba pada 9.45 pagi esok.

Read More
Published 10:08 PM by mobile262

Kelantan vs Pulau Pinang Piala Malaysia 2014


Saksikan perlawanan hebat antara Kelantan TRW vs Pulau Pinang FA dalam Piala Malaysia 2014. Perlawanan ini bakal berlangsung di Stadium Muhammad IV pada;

Tarikh / Hari : 19 August 2014 /
Sepak Mula : 08:45 Malam
 tempat : Stadium Sultan Muhammad IV
 LIVE Astro Arena Saluran 801


Keputusan perlawanan Kelantan 3 Pulau Pinang 1. Saksikan Video perlawanan tersebut .



Read More
Published 7:10 PM by mobile262

iPhone 5s gajet impian setiap blogger


Sertai Cabaran iPhone 5s di Denai Hati dan anda berpeluang untuk menang tiga unit iPhone 5s. Cabaran kali ini menarik minat saya untuk turut serta! mana tahu mudah-mudahan rezeki dapat iphone 5s secara percuma dan yang lebih penting dapat meningkatkan trafik untuk blog saya. Bagi anda yang ingin turut serta dalam cabaran kali ini sila layari blog Denaihati. Cabaran kali ini disponsor oleh blogger-blogger yang hebat ini yang turut menaja hadiah yang hebat ini.

1. http://ejamothman.com
2. http://www.eridy.com
3. http://www.hilalazmi.com
4. http://eizil.com/
5. http://asamboi.my
6. http://www.diarymama.com
7. http://pendekarberkuda.org
8. http://www.saji.my
9. http://abangensem.com
10. http://www.enveeus.com
11. http://www.pakarniaga.com
12. http://anarm.net
13. http://www.daddydee.net
14. http://www.sunshinekelly.com
15. http://sweetkurma.com
16. http://awn.my
17. http://mawarmerah2008.com
18. http://www.blogieta.com
19. http://www.broframestone.com
20. http://www.akmaomar.com
21. http://khairilmazri.com

Manakala Tiga unit iPhone 5s akan menjadi taruhan untuk mereka yang paling sukses dan berjaya menjadi 'the best among the best' yang dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh Denaihati. Mereka yang mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi sahaja akan menjadi pemilik kepada iphone 5s ini.

Hadiah yang ditawarkan oleh Denaihati agak menarik dan anda juga bepeluang untuk menang wang tunai sebagai hadiah saguhati. Apa taknya nilai sebuah iPhone 5s agak tinggi nilainya dan merupakan smartphone yang menjadi idaman setiap orang.

Tunggu apa lagi! sertai saya dan rakan blogger yang lain untuk kita menang hadiah iphone 5s !!
Read More
Published 7:15 PM by mobile262

Permainan Bomb Gaza Menerima Kecaman !


Permainan video dalam aplikasi telefon mudah alih yang membawa pengguna sebagai tentera Israel mengebom Gaza, dikeluarkan dari Google Play, Jelas mempersendakan GAZA dan Umat Islam. 


Permainan ini  menerima kecaman orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan Google Play.Menurut data Google Play, aplikasi ‘Bomb Gaza’ yang dibangunkan untuk peranti telefon pintar dan tablet Android itu sudah dimuat turun sebanyak 1,000 kali. 

Dan menurut maklumat terkini, google Play telah membuang perisian tersebut ekoran desakan dan kecaman daripada orang ramai.
Read More
Published 8:57 PM by mobile262

Pengantin Malaysia Bakar Bendera Israel


Sebagai tanda protes Sepasang Pengantin Malaysia telah mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin mendapat liputan sehingga ke negara itu.

Berita tersebut disiarkan menerusi laman blog milik Israel iaitu elderofziyon.blogspot.com dengan judul “Malaysian couple decides to burn Israeli flag on their wedding day ". Berita itu turut dikongsi oleh laman Facebook Israel iaitu The Israel Project (Tip), perkongsian berita itu mendapat respon daripada penyokong Israel yang marah dengan tindakan itu.

Ada di antaranya mendoakan agar pasangan tersebut mendapat ‘bala bencana’ dek kerana perbuatan itu.
Patrick Gleen Hendry  yang dipetik sebagai berkata "semoga kehidupan mereka suami isteri penuh dengan kesengsaraan".

Terdahulu pasangan pengantin yang berasal dari Jasin, Melaka  Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka.Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Tindakan memijak bendera itu merupakan simbolik yang menjelaskan Israel selayaknya diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan perasaan marah terhadap kekejaman rejim tersebut.


sumber; sinarharian
Read More
Published 1:28 AM by mobile262

TERKINI ! SENARAI PEMAIN LIGA MALAYSIA 2014


Berikut adalah senarai perpindahan pemain liga Malaysia April 2014..
JOHOR DARUL TAKZIM
Masuk : Marcos Elias Santos (Brazil), Pereyra Diaz (Argentina)
Keluar : Baihakki Khaizan, Pablo Aimar
KELANTAN
Masuk : Prince Tagoe (Ghana), Brendan Gan, Wan Zack Haikal, Mohd Fitri Omar
Keluar : Obinna Nwaneri, Mohammed Ghaddar
SELANGOR
Masuk : Evaldo dos Santos (Brazil), Nazmi Faiz (PKNS)
Keluar : Junior Aparecido, Mohd Raimi Mohd Nor
ATM
Masuk : Fabrice Noel (Haiti), Park Yong-ho (Korea Selatan)
Keluar : Marlon James
SARAWAK
Masuk : Ryan Griffiths (Australia), Hassan Mohamed (Lubnan)
TERENGGANU
Masuk : Moustapha Dabo (Senegal), Javier Estupinan (Colombia), Marco Tulio (Brazil)
PERAK
Masuk : Milan Purovic (Yugoslavia), Abdulafees (Nigeria), Hassan Daher (Lubnan)
T-TEAM
Masuk : Jimmy Mulisa (Rwanda), Leandro Dos Santos (Brazil), Goran Subara (Australia), Zul Aziz Nawawi (Terengganu), Fazli Baharudin (PKNS)
Read More