Published 10:49 AM by

Keputusan Perlawanan Liga Super 2014( 25 MAC 2014)


Perlawanan hari ini menyaksikan beberapa pasukan kembali merampas tahta liga, termasuklah Pahang, Terengganu, JDT, Selangor..Manakala pasukan yang terpaksa menelan episod kekalahan..iaitu Kelantan.

Kelantan 1 - 2 JDTFC
17' Mohammed Ghaddar (KEL)
33' Amri Yahyah (JDT)
88' Fazly Mazlan (JDT)

PKNS 1 - 3 Pahang FA
43' Dickson Nwakaeme (PAH)
60' Dickson Nwakaeme (PAH)
63' Fauzi Roslan (PAH)
72' Patrick Ronaldinho Wleh (PKNS)

T-Team FC 2 - 0 Sime Darby 
26' Evaldo Goncalves 
72' Mazuki Yusof

ATM 0 - 3 Terengganu FA
24' Abdul Manaf Mamat
78' Nor Farhan Muhammad
90'+4' Faiz Subri

Sarawak 0 - 2 Selangor FA
25' Andik Vermanysah
53' A. Thamil Arasu

Perak 0 - 1 LionsXII
90'+4' Safuwan Baharudin
Read More
Published 3:42 PM by

Pencarian MH370 Berakhir


Terbaru: PM Malaysia umumkanPenerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkembangan terbaru ini kepada pemberita sebentar tadi berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.

Najib berkata, pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia.
Read More
Published 6:39 AM by

Kedudukan terkini Kelantan vs Selangor 22 Mac 2014


Berikut adalah keputusan semasa dan penuh perlawanan Liga Super antara pasukan Selangor menentang Kelantan yang berlangsung di Stadium Shah Alam jam 8.45 malam.


Selangor mendahului Kelantan 1 gol 0 melalui jaringan Paul Rangel, pada minit 22".
Read More
Published 8:29 AM by

Penemuan terbaru; 2 objek terapung di lautan Hindi


Pencarian MH370 masuk hari ke-13. Hari ini, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkan bahawa salah satu objek terapung yang ditemui di kawasan pencariannya berukuran 24 meter.

Pegawai AMSA John Young berkata sebuah lagi objek berjaya dikesan Dan ianya lebih kecil. Beliau berkata "objek yang ditemui adalah lebih kecil."

Namun demikian Young menekankan bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Sebelum ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot mengumumkan di Parlimen negara itu bahawa dua objek yang mungkin berkait rapat dengan pesawat MAS MH370 yang telah dijumpai.

Australia mengetuai pasukan pencarian di bahagian selatan Lautan Hindi.t berkata pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada satelit.
Read More
Published 5:35 PM by

Skuad hoki negara tewaskan China 7-3


Skuad hoki negara mempamerkan aksi yang meyakinkan apabila berjaya membelasah China 7-3 pada perlawanan keempat saingan Piala Sultan Azlan Shah semalam.
Dengan Kemenangan ini Malaysia mempunyai peluang yang cerah untuk melangkah ke pentas final, sekali gus membuktikan keupayaan Malaysia dalam memenangi kejohanan pada tahun ini.
Kehilangan Faizal yang dikenakan hukuman penggantungan satu perlawanan semalam kerana didapati bersalah memecahkan kerusi plastik, tidak mematahkan semangat para pemain malah masing-masing ingin mempamerkan aksi cemerlang. 
Read More
Published 7:29 PM by

Keputusan SPM dan STPM 2014


Bagi pelajar yang menunggu keputusan SPM dan STPM, Keputusan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) 2013 dikeluarkan hari ini manakala keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 esok.
Bagi keputusan STPM, semua calon boleh mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. 
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui SMS. Caj RM 0.15 akan dikenakan, ikuti panduan di bawah;


atau juga boleh melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di http://www.mpm.edu.my 
Read More
Published 8:26 AM by

Keputusan Perlawanan Kelantan vs Vissai Ninh Binh AFC 2014


Kelantan akhirnya tewas kepada kelab Vissai Ninh Binh dengan keputusan 2-3, apabila dua tonggak kelantan dikenakan kad merah. Gol Kelantan dijaringkan oleh Nazri minit ke-36′ dan Izuan pada minit ke-45′ Izuan. Keputusan pengadil memberikan 1 kad merah pada separuh masa pertama tidak merencatkan perlawanan, namun bermula babak kedua perlawanan, layanan kad merah yang kedua telah merencatkan perlawanan.

Read More
Published 8:14 AM by

SPBBS DIMANSUHKAN MULAI APRIL 2014


Guru-guru kini boleh menarik nafas lega apabila keputusan untuk memansuhkan SPBBS berkuatkuasa April ini, setelah 3 tahun dilaksanakan di seluruh Negara. Keputusan ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata, ia meliputi penetapan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang dipermudah menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid serta pemansuhan Fail Perkembangan Murid, Rekod Transit dan Sistem Pengurusan PBS (SPPBS). 
"Dengan penambahbaikan ini, guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri secara offline.Malah guru boleh kekal fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran tanpa perlu mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara dalam talian seperti sebelum ini," katanya dalam sidang parlimen semalam.

Dengan ini diharapkan para guru dapat memberi perhatian penuh dalam aspek pendidikan dan keberhasilan murid dalam PDP, Namun begitu guru masih lagi dengan beberapa tugas-tugas lain yang memerlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi.

Terima kasih guru..
Read More
Published 10:34 PM by

MISI MENCARI MH370; APA KATA BEKAS JURUTEBANGNYA?


Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga.

Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut.

Segala teknologi dan peralatan canggih dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini. 

Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang 777 MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan. 

"Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya. 

"Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara," katanya yang dipetik pada laporan sebuah TV, hari ini. 

Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentang kehilangan pesawat itu dari radar pada ketinggian 35,000 kaki secara tiba-tiba. 

"Satu dunia sudah melihat di mana sebuah kapal terbang yang berada pada ketinggian 35,000 kaki dengan kelajuan 855 kilometer (km) sejam dan kalau tak silap 14.5 km seminit melepasi pantai timur semenanjung dan baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, hilang secara tiba-tiba. 

"Berdasarkan kenyataan (pihak berkuasa), sebelum masuk ruang udara Vietnam, dalam kawalan positif dengan Air Traffic Control (ATC), pesawat tiba-tiba hilang terus dari skrin radar. Tidak ada kesan langsung.

"Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima," katanya. 

Ketika ditanya soal tindakan yang boleh dilakukan, beliau berkata doa adalah senjatanya. 

"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya," katanya. 

Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan. 

"Kalau meletup sekalipun di udara, mesti ada serpihan. Pasti. Kerana pesawat ini terlalu besar. Enjinya adalah paling besar di dunia, sama saiz dengan badan Boeing 737. 

"Tapi tak ada petanda. Tak ada serpihan. Tak ada tanda pada bacaan radar, jadi, tidak mungkin," katanya.

Beliau terlibat dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 itu ke Malaysia pada tahun 2002 ~ Sinar Harian
Read More
Published 11:59 PM by

Pesawat MAS hilang Tanpa kesan!



Terkini: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini. 


Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.

sumber; astroawani
Read More
Published 7:08 PM by

Malaysia vs Yemen 5 Mac 2014


Saksikan perlawanan di antara Malaysia dan Yemen malam ini yang disiarkan secara langsung di saluran sukan Astro Arena 801 seawal jam 9.30 malam ini (Rabu).

Read More