Published 8:14 AM by mobile262

SPBBS DIMANSUHKAN MULAI APRIL 2014


Guru-guru kini boleh menarik nafas lega apabila keputusan untuk memansuhkan SPBBS berkuatkuasa April ini, setelah 3 tahun dilaksanakan di seluruh Negara. Keputusan ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata, ia meliputi penetapan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang dipermudah menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid serta pemansuhan Fail Perkembangan Murid, Rekod Transit dan Sistem Pengurusan PBS (SPPBS). 
"Dengan penambahbaikan ini, guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri secara offline.Malah guru boleh kekal fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran tanpa perlu mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara dalam talian seperti sebelum ini," katanya dalam sidang parlimen semalam.

Dengan ini diharapkan para guru dapat memberi perhatian penuh dalam aspek pendidikan dan keberhasilan murid dalam PDP, Namun begitu guru masih lagi dengan beberapa tugas-tugas lain yang memerlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi.

Terima kasih guru..