Published 12:34 AM by mobile262

Orang Paling Kaya di Malaysia

Terkini, Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia mengatasi 'Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok dengan harta bernilai RM30.56 billion. Antara sahamnya yang melonjak iaitu ASTRO yg tersenarai dibursa saham tahun lepas. manakala Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu.
Read More
Published 9:19 PM by mobile262

Jozan Juara Maharajalawak Mega 2012


JOZAN yang menggabungkan pelawak tersohor, Zizan & Johan dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2012 yang membawa pulang RM500,000 dan trofi kejuaraan. Tempat kedua dirangkul oleh Jambu (RM250,000) diikuti tempat ketiga Shiro (RM150,000). Kumpulan Boboi di tempat keempat (RM50,000) manakala SayWho di tangga kelima (RM15,000).
Read More
Published 8:54 PM by mobile262

Kelantan FA vs Felda United 2013

Terikat seri dengan JDT tempoh hari, dengan hanya berkongsi mata dengan Johor Darul Takzim. Kini Kelantan memburu mata penuh dengan bertandang ke Stadium , Kelana Jaya bagi menentang Felda United. Kini pemain Kelantan berdepan dengan tugas sukar, M.Ghaddar bukan lagi taruhan Kelantan..akan tetapi menjadi duri dalam daging, tambahan pula bermain pada waktu petang..kurang digemari oleh pemain. Walauapapun saksikan perlawanan hebat di Stadium Arena 801 atau anda boleh layari live streaming . Klik sini
Read More
Published 7:51 AM by mobile262

Semak daftar pengundi 2013



Perhatian untuk semua warganegara Malaysia yang belum membuat pendaftaran pemilih untuk Pilihanraya Umum tidak lama lagi, Anda bolehlah mendaftar sebagai pengundi di pejabat pos dan penjabat pendaftaran. Bagi yang ingin membuat semakan daftar pemilih (SPR) bolehlah klik pada pautan di bawah.

Semakan secara online Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)





Semakan Melalui SMS Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

" Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No. K/P dan hantar ke 15888 "


Pilihan ditangan ANDA!

Read More
Published 7:23 AM by mobile262

kedudukan terkini liga super 2013

Mendahului tangga teratas Pahang FA , Pahang kekal sebagai pendahulu Liga Super selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menundukkan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Juara Treble Kelantan FA nampaknya sedikit goyah dengan kehilangan tonggak pemain penyerang sensasi Mat yo dan M.Ghaddar, dengan penyerang baharu Kieta Mandju sedikit merosot dan kurang berkesan setakat tiga perlawanan.
Read More
Published 5:09 PM by mobile262

Keputusan EPL MU vs Liverpool-MC vs Arsenal 2013




KEPUTUSAN SEMALAM, menyaksikan M United (MU) memperkukuhkan kedudukannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Liverpool 2-1 di tempat sendiri di Stadium Old Trafford, malam ini (waktu Malaysia).
Jaringan cantik bintang MU, Robin van Persie tidak mengecewakan kelabnya apabila menjaringkan gol awal pada minit ke-19 sebelum disusuli jaringan Nemanja Vidic pada minit ke-54. Walaubagaimanapun Liverpool berjaya menghasilkan jaringan melalui Daniel Sturridge pada minit ke-57. Keputusan MU (2) Liverpool (1).
Sementara itu, Manchester City menewskan Arsenal 2-0 di Stadium Emirates, sekali gus meneruskan tekanan ke atas MU dalam usaha mempertahankan gelaran juara EPL.
City memperoleh mata penuh menerusi gol yang dijaringkan oleh James Milner dan Edin Dzeko masing-masing pada minit ke-21 dan 32.
Read More
Published 3:45 PM by mobile262

Mangsa dera teman lelaki

Beginilah keadaan Seorang kanak-kanak perempuan yang telah didera oleh teman lelaki ibunya yang dipercayai khayal selepas mengambil dadah. Dalam kejadian isnin lalu, ibu angkat mangsa iaitu Roszaidah Mohd Salleh telah menerima panggilan daripada ibu kandung mangsa yang memintanya datang ke rumah di kampung Desa Aman selepasa melihat anaknya didera oleh teman lelakinya sejak seminggu yang lalu.

Sebaik menerima panggilan dia terus ke rumah tersebut dan mendapati pintu dikunci daripada dalam. kuatir terjadinya sesuatu yang buruk dia terpaksa meminta bantuan polis.Roszaidah berkata, polis yang tiba kemudiannya bertindak mengarahkan pintu rumah itu dibuka sebelum dia menemui anak angkatnya Norfatin Aqilah Abdullah berada dalam keadaan menyayat hati.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa didera kerana terdapat kesan ikatan pada pergelangan kaki dan tangan manakala kesan luka, termasuk lebam lama dan baru selain kesan seperti dicucuh putung rokok.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut 
 di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 
Read More
Published 6:39 PM by mobile262

Keputusan terkini liga super 2013-9 jan 2013



9 Jan 2013

KEL (2) (1) SELANGOR PKNS

kel- Badhri Radzi minit 18, Zairul Fitri minit 93
PKNS -Helmi Remeli

ATM (0) (1) LIONS XII

LIONSXII- Shahril Ishaq minit ke-66

Read More
Published 9:57 PM by mobile262

Kapal Terbang Terbesar !


Di California sebuah kapal terbang kargo bakal mencipta sejarah dalam industri pengangkutan kargo udara kerana ianya seperti pesawat dalam siri televisyen, Thunderbird 2.

Pesawat 79 meter panjang itu, ML 866, boleh berlepas dan mendarat secara menegak serta mampu mengangkut barangan sehingga seberat 66 tan.
Prototaip ini yang dinamakan Dragon Dream berwarna hijau, sama seperti jet pengangkut Penyelamat Antarabangsa yang dikendalikan Virgil Tracy dalam siri kegemaran ramai zaman 60-an itu.

Pesawat itu yang dibina oleh Worlwide Aeros Corp di California dengan dibiayai tentera Amerika Syarikat dan Nasa akan menjalani ujian penerbangan sepenuhnya beberapa bulan lagi.

Ketua syarikat itu, Igor Pasternak berkata: “Anda boleh mengangkut banyak barangan pada satu masa dan terbang jarak jauh.

Read More
Published 7:08 PM by mobile262

25 Popular blog di Malaysia



Berikut merupakan senarai Top 25 Blog Malaysia Paling Popular mengikut katogeri, sememangnya terbaik dari ladang. Adakah blog anda tersenarai dalam ketegori tersebut? 
  1. Paultan.org (Blog Automotif/PR4)
  2. Shahabudeenjalil.com (Blog Bisnis/PR3)
  3. Honeykoyuki.blogspot.com (Blog Selebriti/PR3)
  4. Kucing.my (Blog CSR/PR1)
  5. iluvislam.com (Blog Pendidikan/PR4)
  6. ohbulan.com (Blog Hiburan/PR4)
  7. Koleksi1001resepi.com (Blog F&B/PR2)
  8. All-aboutiphone.blogspot.com (Blog Gadget/PR0)
  9. Rotikaya.com (Blog Gossip/PR3)
  10. Ninieahmad.com (Blog Kesihatan/PR3)
  11. Founder.limkokwing.net (Blog Inovasi/PR5)
  12. Eqbalzack.com (Blog Lifestyle/PR3)
  13. Yunainspired.com (Blog Musik/PR3)
  14. Danielzaidi.com (Blog photography/PR2)
  15. Chedet.cc (Blog Politik/PR5)
  16. Kznabihah.com (Blog Shopping/PR2)
  17. World-superbikes.blogspot.com (Blog Sukan/PR1)
  18. Placesandfoods.com (Blog Travel/PR3)
  19. Inianwarhadi.com (Blog Video/PR2)
  20. Fukkenlol.blogspot.com (Blog Jenaka/PR1)
  21. Hazrey.com (Blog Vocal/PR2)
  22. Bicaramakdara.com (Blog Terburuk/PR2)
  23. Ariffshah.com (Upcomimg Blogger/PR4)
  24. my-peraduan.blogspot.com (Blog Peraduan/PR1)
  25. http://nasyeedshop.blogspot.com/ (Blog Nasyeed/PR2)

Sememangnya 25 blog berikut terbaik dalam ketegori, kalau nak jadi hebat macam mereka, rajin-rajinlah buat research dan lakukan yang terbaik antara yang terbaik. Mungkin blog anda lepas ni?  ..
Read More
Published 1:35 AM by mobile262

Piala Sumbangsih Kelantan FA vs ATM

Esok adalah penentuan untuk SKUAD Kelantan FA akan menentang ATM dalam persaingan merebut Piala Sultan Ahmad Shah (Piala Sultan Ahmad Shah), adakah kelantan akan menebus kekecewaan ketika  tewas kepada Negeri Sembilan 1 berbalas 2 pada tahun lalu?

Perlawanan di Stadium Shah Alam malam esok mengulangi pertemuan final Piala Malaysia 2012. Ayuh ke Stadium bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan penuh bersejarah pada perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih 2013 esok.
Read More
Published 6:24 PM by mobile262

Tiada Had Rebet Telepon Pintar

Rebet RM 200 kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk membeli apa jua jenis telefon pintar adalah tanpa mengira harga untuk mendapatkan rebat RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2013. Menurut  SKMM dalam satu kenyataan di sini menjelaskan, keputusan itu diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selepas mempengerusikan dalam satu mesyuarat kabinet.

Pemberian rebat RM200 kepada 1.5 juta belia itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.
Menurutnya, pelaksanaan skim tersebut berdasarkan prinsip 'siapa cepat dia dapat' sehingga peruntukan RM300 juta untuk skim itu habis.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM ialah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

Read More