Published 12:34 AM by mobile262
Terkini, Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia mengatasi 'Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok dengan harta bernilai RM30.56 billion. Antara sahamnya yang melonjak iaitu ASTRO yg tersenarai dibursa saham tahun lepas. manakala Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu.