Published 3:45 PM by mobile262

Mangsa dera teman lelaki

Beginilah keadaan Seorang kanak-kanak perempuan yang telah didera oleh teman lelaki ibunya yang dipercayai khayal selepas mengambil dadah. Dalam kejadian isnin lalu, ibu angkat mangsa iaitu Roszaidah Mohd Salleh telah menerima panggilan daripada ibu kandung mangsa yang memintanya datang ke rumah di kampung Desa Aman selepasa melihat anaknya didera oleh teman lelakinya sejak seminggu yang lalu.

Sebaik menerima panggilan dia terus ke rumah tersebut dan mendapati pintu dikunci daripada dalam. kuatir terjadinya sesuatu yang buruk dia terpaksa meminta bantuan polis.Roszaidah berkata, polis yang tiba kemudiannya bertindak mengarahkan pintu rumah itu dibuka sebelum dia menemui anak angkatnya Norfatin Aqilah Abdullah berada dalam keadaan menyayat hati.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa didera kerana terdapat kesan ikatan pada pergelangan kaki dan tangan manakala kesan luka, termasuk lebam lama dan baru selain kesan seperti dicucuh putung rokok.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut 
 di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.