Published 11:08 PM by mobile262

Pelakon 'The Fast and Furious' Maut Dalam Pelanggaran



Dunia dikejutkan dengan kematian Pelakon Paul Walker yang terkenal dengan filem ‘The Fast and the Furious’ maut akibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu. Kematian pelakon berusia 40 tahun itu disahkan melalui laman twitter dan Facebook. 



Berita kematiannya turut dilaporkan secara eksklusif dalam portal berita hiburan TMZ. Menurut laporan itu, kejadian berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles. Memetik kata-kata sumber, laporan itu mendakwa bahawa pelakon itu berada di dalam sebiji kereta Porshe bersama pemandu kereta tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok. 

Kereta itu terus meletup dan terbakar ekoran perlanggaran itu. Namun demikian, identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia. 

Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.
Read More
Published 9:26 PM by mobile262

PIYA PEMAIN PALING BERNILAI DAN TERMAHAL


KAPTEN Kelantan, Mohd. Bahdri Mohd. Radzi dinobatkan sebagai pemain paling bernilai dalam Liga M, sekali gus mengenepikan pemain JDT, Nor Izlan Talaha. Piya yang dilihat sering kali tercicir dalam skuad Harimau Malaya, pasti menjadi buruan Jurulatih baru, HM. 
Selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan tidak mahu melanjutkan kontrak Rajagobal bakal berakhir pada 31 Disember depan, Kelibat Piya pasti akan menambat sengat Harimau Malaya..dan Piya meluahkan rasa keterujaan dan kesediaan untuk menabur bakti di pentas antarabangsa.
Piya juga dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus. Selain Piya , Khairul Fahmi Che Mat memenangi anugerah Penjaga Gol terbaik 2013. Manakala Nor Farhan dinobatkan sebagai penyerang Terbaik 2013.
Read More
Published 1:35 AM by mobile262

CHE TA DAN ZAIN SAIDIN; WEEDING OF THE YEAR


Perkahwinan Che Ta dan Zain Saidin bakal mencatatkan sejarah tajaan perkahwinan paling grand di Malaysia dan paling mahal diterima pasangan artis tempatan, Siapa lagi kalau tak Rozita atau lebih dikenali dengan "Che Ta" dan Zain Saidin.

Tajaan termahal ialah daripada Habibs Jewels yang bakal memastikan Rozita Che Wan berseri-seri dengan barang kemas yang bernilai RM10 juta. Sementara itu busana yang bakal digayakan ketika malam berinai adalah tajaan Bianco Mirmosa bernilai RM55,000. Tidak ketinggalan baju nikah RM100,000 daripada Man Kajang dan baju persandingan bernilai RM150,000.

Pada majlis pernikahan yang akan berlangsung di Gazebo Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, itu nanti, Che Ta bakal menerima wang hantaran RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.

Majlis berinai Che Ta akan diadakan pada 10 Disember ini dan seterusnya, majlis resepsi pasangan pengantin berlangsung pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, jam 8.30 malam.
Read More
Published 5:38 PM by mobile262

TONGGAK BARU PASUKAN THE RED WORRIOR!


Kembalinya Penyerang Prolifik Kelantan 2012, Mohammed Ghaddar ke Kelantan dan pemenang kasut emas 2012, Francis Forkey Doe pasti akan menjadikan Kelantan Kali ini Kembali bernafsu untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2014.

Turut memperkuat barisan Juara Treble 2012 ialah bekas pemain Middlesbrough dan skuad kebangsaan Mesir, Mohamed Shawky serta bekas pemain Kedah dan Felda United, Amar Rohaidan. Pemilihan Mohammed Ghaddar adalah kerana keupayaannya menggelecek dan mampu meledak gol, Gandingan dengan Forkey Doe pasti menambah bisa bagi skuad The Red Worrior Musim depan. Manakala Shawky pernah bermain di satu kelab terkenal di Timur Tengah, Al Ahly, dan sememangnya kita akan ternanti-nanti kemunculan mereka bertiga dalam jentera pasukan Kelantan musim depan. 

Antara lain Kafa turut memperkenalkan beberapa pemain baru antaranya, Brendan Gan, Shakir Ali, Famirul Asyraf Sayuti, Tengku Hasbullah Raja Hassan, Wan Zaharul Nizam dan Nazri Ahmad.
Read More
Published 2:26 AM by mobile262

JOHOR CUTI JUMAAT DAN SABTU TAHUN HADAPAN


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang. 

Pertukaran cuti itu dilihat memberi implikasi positif bagi pembangunan pesat Wilayah Pembangunan Iskandar.Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.
Sebelum ini, pada tahun1994, cuti di Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu. Menurut sumber Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman.
Nampaknya bertambahlah negeri yang cuti hari jumaat..Diharap selepas ini banyak lagi negeri lain yang memberi cuti hari Jumaat, kerana ia merupakan hari kebesaran bagi Umat Islam.

Read More
Published 6:26 AM by mobile262

ISU K-POP DATUK SERI AHMAD SHABERY CHEEK


Isu K-POP menjadi tajuk yang hangat diperkatakan di dada akhbar, media sosial dan menjadi bahan politik. Isu ini timbul di mana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima tajaan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM2.3 juta daripada pihak swasta bagi menjayakan persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, hanya RM1.6 juta daripada keseluruhan wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan persembahan artis Korea Selatan itu iaitu RM900,000 untuk bayaran artis dan RM700,000 untuk kos pengangkutan, penginapan, makanan dan cukai kerajaan.
Menurut Datuk Seri, Pendahuluan wang bayaran tersebut diambil daripada peruntukan kerajaan berikutan artis dari Korea Selatan tersebut perlu ditempah lebih awal sebelum hari sambutan HBN.
Read More
Published 4:25 AM by mobile262

DICKSON NWAKAME TINGGALKAN KELANTAN!!


Selepas beberapa orang pemain tonggak pasukan kelantan bakal meninggalkan pasukan The Red Worrior, Seorang lagi tonggak pasukan kelantan iaitu Dickson Nwakame dikatakan bakal meninggalkan Kelantan untuk berhijrah ke Eropah. Menurut laman facebook Tan Sri Anuar Musa, Pemain berusia 27 tahun itu dikatakan mendapat tawaran untuk beraksi bersama sebuah kelab di Eropah. 

Kelantan kini dirundung duka selepas beberapa orang pemain ternama mereka seperti Mohd Norfarhan Mohammad, Indra Putra Mahyuddin, Azizi Mat Rose, Mohd Rizal Fahmi Rosid, S Subramaniam, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Shakir Shaari dan Mohd Izuan Solahuddin dikatakan bakal berhijrah ke beberapa pasukan lain. 

Selain itu, KAFA turut kehilangan pengendali berbakat dari Croatia, Bojan Hodak yang memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya bersama persatuan itu pada musim hadapan dan mengambil bekas jurulatih Perak, Steve Darby bagi mengisi kekosongan tersebut. 

Dalam entri berasingan di laman sosial itu juga, Annuar berkata KAFA menawarkan gaji paling tinggi yang pernah ditawarkan kepada mana-mana pemain tempatan dalam pasukan itu dalam usaha KAFA mengekalkan pemain tengah, Mohd Norfarhan, daripada berhijrah ke pasukan lain. 



Read More
Published 4:39 PM by mobile262

GEMPAR ! PUMP-GUN BUNUH PEGAWAI OPERASI AMBANK DITEMUI..


Pump-Gun yang digunakan dalam pembunuhan pegawai Ambank ketika rompakan di bank itu bulan lepas, telah ditemui oleh pasukan polis hari ini, ekoran penangkapan Suspek Utama. Menurut sumber polis senjata api jenis 'pump gun' itu ditemui di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Selain pump gun, polis juga menemui sekotak peluru. Penemuan tersebut, hasil soal siasat ke atas suspek utama yang diberkas oleh polis semalam. Namun begitu, rakan suspek, masih lagi bebas dan diburu pihak polis.
Read More
Published 7:34 PM by mobile262

RAKAN PEMBUNUH PEGAWAI OPERASI AMBANK DIBURU ..


Setelah penangkapan suspek kes  pembunuhan kejam pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, 37, seorang lagi rakan suspek kini diburu pihak polis, kerana dipercayai turut sama dalam rompakan bank tersebut pada 23 Oktober lalu.
Pihak polis percaya sebahagian daripada hasil rompakan disimpan oleh Jomarn, iaitu rakan suspek, yang dipercayai masih berada di dalam negara. Hasil daripada siasatan lagi membongkar nama sebenar pengawal keselamatan yang ditahan semalam , iaitu Laode Ardina Laude Rasila, 35 tahun.
Read More
Published 6:08 AM by mobile262

FIZO DAPAT HADIAH HANTARAN MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI..DUCATI MF120


Majlis Perkahwinan Fizo Omar dan pasangannya Mawar berlangsung dengan meriah. Akad nikah berlangsung sekitar jam 9.32 pagi 10 November dengan sekali lafaz. Pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan oleh jurunikah yang merupakan Pegawai Tadbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat, Encik Mohd Arif Abdul Samad, sebelum berlangsung majlis ijab kabul, telah berlangsung satu majlis berinai sekaligus meraikan para pekerja Butik Fareeda.
Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, Motosikal Ducati, plat moto MF 120 dan jaket kulit.
Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.
Pasangan pengantin baru ini juga memaklumkan yang mereka akan terbang ke benua Eropah untuk berbulan madu. Tahniah buat Fizo Omar & Mawar sekeluarga atas ikatan perkahwinan ini, semoga kekal bahagia selamanya
Read More
Published 8:07 PM by mobile262

SUSPEK PEMBUNUHAN KEJAM PEGAWAI AMBANK DITANGKAP!


TERKINI; Suspek utama kes tembak mati pegawai AmBank di Subang Jaya pada bulan lalu telah ditahan di Johor pagi tadi, dalam cubaan meloloskan diri ke Indonesia. Menurut pengarah jabatan siasatan jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, Suspek ditahan oleh pasukan polis Diraja Malaysia di Kampung Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, sekitar pukul 7 pagi tadi.

Dengan penahanan suspek utama berkenaan, polis menganggap kes terbabit selesai. Suspek warga Indonesia itu disyaki berada di Kota Tinggi dalam usaha untuk meloloskan diri ke negara jiran melalui laluan tikus.
Perairan Johor sering menjadi tumpuan pintu masuk keluar penyeludupan manusia membabitkan Malaysia-Indonesia termasuk dijadikan laluan transit haram warga Afghanistan untuk ke Australia.




Read More
Published 8:01 PM by mobile262

Piala Sumbangsih 2014


Piala sumbangsih 2014 akan menemukan JUARA Liga Super 2013, Lions XII dengan Juara Piala Malaysia 2013, iaitu pahang. Perlawanan dijangkakan akan berlangsung pada 17 Januari 2014 di Stadium Shah Alam bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih 2014.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2014 akan dijadikan perlawanan sulung bagi pembuka tirai musim baharu liga Malaysia musim hadapan dan pasukan Lions XII akan bertindak selaku pasukan tuan rumah. Menurut FAM Lagi 'Keputusan perlawanan Piala Sumbangsih membabitkan juara Liga Super dari negara jiran (Singapura), Lion XII dan Pahang selaku juara Piala Malaysia akan dikira sebagai mata pertama kepada kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super. 
Manakalan Sepak mula saingan Liga Premier pula adalah pada 24 Januari 2014 manakala Piala Presiden pula dijadualkan pada 27 Januari 2014.

Read More
Published 5:00 PM by mobile262

Katy Perry Paling Popular di Twitter !


Katy Perry kini, merupakan pengguna Twitter paling terkenal di dunia dengan  menyingkirkan Justin Bieber sebagai akaun paling popular di laman sosial itu tahun 2013. Perry kini mempunyai pengikut berjumlah lebih 46.5 juta di Twitter berbanding Bieber dengan 46.49 juta yang memegang gelaran sebagai pengguna paling ramai pengikut sejak sembilan bulan lalu.
Album baru Kety Perry bertajuk Prism telah melonjakkan kedudukan penyanyi bersuara lantang itu.Ahli muzik kekal pengguna paling terkenal di Twitter dengan menguasai kedudukan empat daripada lima akaun paling popular
Lady Gaga yang sebelum ini menguasai tempat pertama selama tiga tahun kini berada pada kedudukan ketiga dengan 40.4 juta pengikut sehingga diambil alih Bieber, Januari lalu.
Read More
Published 4:34 PM by mobile262

Kereta Bugatti Veyron Antara yang Termahal di Malaysia


Fuhh, inilah dia Buggati Veyron..Harga Boleh mencecah RM10 juta ringgit setiap satu. Di Malaysia tak ramai yang mampu milikinya, kecualilah jutawan !, ini kerana roadtax sahaja mencecah 5 angka..Di United Kingdom, Buggati Veyron dipasarkan dengan harga €1,225,000 (GB£1,065,000/US$1,700,000) dan Super Sport: €1,912,500 (GB£1,665,000/US$2,700,000).



Read More