Published 5:38 PM by mobile262

TONGGAK BARU PASUKAN THE RED WORRIOR!


Kembalinya Penyerang Prolifik Kelantan 2012, Mohammed Ghaddar ke Kelantan dan pemenang kasut emas 2012, Francis Forkey Doe pasti akan menjadikan Kelantan Kali ini Kembali bernafsu untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2014.

Turut memperkuat barisan Juara Treble 2012 ialah bekas pemain Middlesbrough dan skuad kebangsaan Mesir, Mohamed Shawky serta bekas pemain Kedah dan Felda United, Amar Rohaidan. Pemilihan Mohammed Ghaddar adalah kerana keupayaannya menggelecek dan mampu meledak gol, Gandingan dengan Forkey Doe pasti menambah bisa bagi skuad The Red Worrior Musim depan. Manakala Shawky pernah bermain di satu kelab terkenal di Timur Tengah, Al Ahly, dan sememangnya kita akan ternanti-nanti kemunculan mereka bertiga dalam jentera pasukan Kelantan musim depan. 

Antara lain Kafa turut memperkenalkan beberapa pemain baru antaranya, Brendan Gan, Shakir Ali, Famirul Asyraf Sayuti, Tengku Hasbullah Raja Hassan, Wan Zaharul Nizam dan Nazri Ahmad.