Published 6:26 AM by mobile262

ISU K-POP DATUK SERI AHMAD SHABERY CHEEK


Isu K-POP menjadi tajuk yang hangat diperkatakan di dada akhbar, media sosial dan menjadi bahan politik. Isu ini timbul di mana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima tajaan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM2.3 juta daripada pihak swasta bagi menjayakan persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, hanya RM1.6 juta daripada keseluruhan wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan persembahan artis Korea Selatan itu iaitu RM900,000 untuk bayaran artis dan RM700,000 untuk kos pengangkutan, penginapan, makanan dan cukai kerajaan.
Menurut Datuk Seri, Pendahuluan wang bayaran tersebut diambil daripada peruntukan kerajaan berikutan artis dari Korea Selatan tersebut perlu ditempah lebih awal sebelum hari sambutan HBN.