Published 7:34 PM by mobile262

RAKAN PEMBUNUH PEGAWAI OPERASI AMBANK DIBURU ..


Setelah penangkapan suspek kes  pembunuhan kejam pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, 37, seorang lagi rakan suspek kini diburu pihak polis, kerana dipercayai turut sama dalam rompakan bank tersebut pada 23 Oktober lalu.
Pihak polis percaya sebahagian daripada hasil rompakan disimpan oleh Jomarn, iaitu rakan suspek, yang dipercayai masih berada di dalam negara. Hasil daripada siasatan lagi membongkar nama sebenar pengawal keselamatan yang ditahan semalam , iaitu Laode Ardina Laude Rasila, 35 tahun.