Published 8:30 AM by mobile262

keputusan perlawanan Kelantan vs ATM 29 mac 2013


keputusan perlawanan memihak kepada kelantan. kelantan (3) ATM(2). Separuh masa pertama, kelantan medahului 2-0, Kedua-dua gol adalah hasil kurang persefahaman antara barisan pertahanan ATM. Walaubagaimanapun, ATM dilihat lebih banyak menguasai permainan dan sering mengasak kubu Kelantan. Paling menarik aksi terbaik dan cemerlang penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menghalang cubaan ATM dan sepakan penalti Marlon Alex James pada minit ke-4.
Aksi separuh masa kedua memang mendebarkan. ATM berjaya menyamakan kedudukan menerusi Marlon Alex James dengan golnya pada minit 54 dan 63. Kelantan kembali mengatur gerak untuk melakukan serangan dan seringkali berbalas serangan dengan ATM. Akhirnya Kelantan berjaya memperoleh gol menerusi Norfarhan pada masa kecederaan setelah masuk menggantikan Faiz Subri.
Read More
Published 4:39 PM by mobile262

Langkah membuat aduan komunikasi


Jika anda mengalami apa-apa masalah berkaitan syarikat telekomunikasi, antara langkah yang perlu diambil mungkin dengan melayari laman web SKMM dan kemudian segera ke bahagian menu.Bermula di menu terbabit, terdapat ikon ‘Dropped Calls’ dan klik pada ‘Make a Complaint’ yang menyenaraikan borang ‘online’ yang boleh diisi terus di bawah senarai ‘Dropped Call Feedback’.Namun, pengguna perlu memasukkan maklumat yang memberitahu de­ngan jelas masalah dropped calls seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon dan operator telekomunikasi yang digunakan.Pada masa sama, anda perlu mengingati maklumat lain yang penting seperti lokasi tempat panggilan anda sering terganggu secara tepat dengan melihatnya di Google Maps.Anda boleh memasukkan lokasi daripada Google Maps terbabit untuk diteliti terutama berkaitan perincian lokasi.Malah, maklumat lain juga perlu dipastikan seperti bandar, kampung atau alamat jalan.Mungkin lebih baik jika anda berupaya untuk merakam foto lokasi tempat ia berlaku dan sekiranya lokasinya berubah, ambil beberapa foto berbeza.Setakat ini, hak untuk menyelesaikan masalah ini boleh didapati melalui ‘hak anda sebagai pengguna’ dan ‘hak untuk menyelesaikan aduan’.
Read More
Published 4:21 PM by mobile262

Pelajar Sekolah Menjadi Jutawan


Seorang pelajar sekolah di london, Nick D’Aloisio yang berusia 17 tahun , menjadi seorang jutawan termuda setelah menjual satu aplikasi bagi membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta).Aplikasi itu akan membolehkan D’Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia.Ia dicipta pada November 2012.Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta).Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas.
Read More
Published 12:15 PM by mobile262

Kelantan layak ke suku akhir-piala FA


KELANTAN menepati ramalan apabila berjaya mengesahkan slot ke suku akhir Piala FA selepas mudah menewaskan PKNS FC 4-2 dalam saingan kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.Keputusan itu membuatkan mereka menjadi pasukan terakhir melangkah ke suku akhir susulan langkah Sime Darby,  Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Johor Darul Takzim (JDT) mara bulan lalu.Dalam perlawanan itu, empat gol Kelantan disumbangkan oleh Faiz Subri pada minit keempat, Mohd Badri Radzi (ketujuh), Obinna Nwerri (23) sebelum M. Zulharis mengesahkan kemenangan buat pasukan The Red Warriors pada minit ke32.Gol PKNS pula dijaringkan oleh Nizab Ayub pada minit ke-26 dan Helmi (54) menerusi sepakan penalti.Dalam saingan suku akhir nanti, Kelantan akan bertemu Sarawak bulan depan.
Read More
Published 4:44 PM by mobile262

Lelaki potong kemaluan bapa?


Dungun, terengganu. Seorang lelaki berusia 40-an telah memotong kemaluan bapanya sendiri , kemudian memotong kemaluannyadengan menggunakan pisau dapur. lelaki tersebut dikatakan terpengaruh dengan ajaran sesat . Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di ibu negara sebelum itu telah memaksa abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri.Suspek yang berusia 40 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian selepas mempercayai ia sebagai persediaan menghadapi kiamat yang kononnya akan berlaku pada Jumaat ini.
Read More
Published 5:21 PM by mobile262

Perhimpunan Ninja Perempuan di Jepun


Seramai lebih 200 ninja dari seluruh dunia telah berkumpul di Tokyo semalam bagi menjalani satu sesi seminar latihan selama dua hari yang khusus untuk wanita sahaja.Seorang guru seni mempertahankan diri itu, Masaaki Hatsumi telah menghimpun semua pengamal ilmu seni mempertahankan diri tersebut dari 17 buah negara di gimnasium seni mempertahankan diri Budo-kan di Tokyo.Perhimpunan itu dilakukan bagi menajamkan lagi kemahiran seni pertahanan diri semua ahli yang terlibat.Hatsumi juga merupakan seorang pengasas sekolah seni mempertahankan diri Bujinkan.Katanya, zaman ejen-ejen perisikan bertopeng beraksi menjalankan tugas pengintipan terhadap musuh dengan memakai topeng sudah berlalu.Pada zaman sekarang, ninja merupakan orang biasa yang mengamalkan kemahiran seni mempertahankan diri ninjutsu.Ninjutsu menekankan kepentingan keseimbangan dan ruang yang ada untuk menjatuhkan lawan.Seorang tenaga pengajar dari Amerika Syarikat (AS), Sheila Haddad berkata, imej ninja pada masa silam mungkin menarik minat ramai orang untuk turut serta.
Read More
Published 6:04 PM by mobile262

Barcelona vs Malaysia Ogos Ini

Kelab gergasi bola sepak dunia, Barcelona akan bertandang ke Malaysia bagi perlawanan persahabatan Ogos 2013. Tarikh rasmi belum diputuskan oleh FAM.
Read More
Published 10:29 PM by mobile262

Samsung lancar Galaxy S4 baharu

Syarikat gergasi produk elektronik, Samsung melancarkan segmen telefon pintar global baharu, iaitu Galaxy S4 dengan menampilkan ciri-ciri yang lebih menarik dan berteknologi antaranya ; Galaxy S4 lebih nipis dan kaya dengan pelbagai aplikasi terkini turut dilengkapi teknologi Definisi Tinggi, saiz skrin pada 12.7 sentimeter serta keupayaannya memahami sembilan bahasa di dunia.

Read More
Published 6:51 PM by mobile262

Jaringan Kelantan FA 3-1 Ayeyawady United 2013


Kelantan yang bertandang ke Mynmar , menang bergaya ke atas pasukan Ayeyawady United.Juara dari Myanmar, Ayeyawady United terpaksa akur selepas tewas kepada Kelantan Red Warriors di gelanggang sendiri dengan jaringan 3 – 1.

Kelantan membuka tirai jaringan seawal minit ke 2″ menerusi Kapten Pasukan iaitu Badhri Radzi
Pada minit ke 54″, Dimitri Petratos menambah duka tuan rumah apabila menjaringkan gol untuk kedudukan 2 – 0.

Ayeyawady United akhirnya berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke 80″ namun Dimitri Petratos sekali lagi menambah jaringan peribadi seminit selepas itu.

Tamat Perlawanan Kelantan menang selesa 3 – 1 di gelanggang lawan.


syabas untuk pasukan kelantan



Read More
Published 11:20 PM by mobile262

Saman RM920,000 Kepada Celcom, Maxis, Tune Talk, U Mobile, Merchantrade


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan saman sebanyak RM920,000 kepada lima syarikat telcom yang besar di Malaysia - Celcom Axiata Berhad, Merchantrade Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Tune Talk Sdn Bhd, Maxis Mobile Services Sdn Bhd dan Maxis Broadband Sdn Bhd. Syarikat-syarikat ini didapati melanggar syarat lesen kerana gagal memastikan maklumat tepat pengguna akaun prabayar.
Read More
Published 1:04 AM by mobile262

Berita baik untuk penjawat awam


Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020'.
Read More
Published 6:14 PM by mobile262

Piya tersenarai dalam skuad Harimau Malaya


Piya akhirnya dipangil oleh jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal bagi membantu pasukan Negara, K.Rajagobal membuat kejutan apabila menyenaraikan ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi (gambar) dalam 27 pemain yang dipanggil bagi menyertai latihan skuad kebangsaan bagi berdepan Yemen pada perlawanan kedua kelayakan Piala Asia 2015, 22 Mac ini.Selain Yemen, Badhri juga berpeluang membantu Harimau Malaya dalam dua lagi perlawanan iaitu berdepan Arab Saudi dalam aksi persahabatan, 17 Mac serta perlawanan amal menentang Palestin di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 26 Mac.
Read More
Published 7:46 AM by mobile262

berita dari lahad datu

Perkembangan tetkini lahad datu - Tembak menembak antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas berlaku di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah petang ini tatkala pasukan keselamatan meneruskan operasi susulan dan penggeledahan dalam Op Daulat.Pasukan keselamatan negara mula membuat pemeriksaan di perkampungan itu pada pukul 3 petang untuk menjejaki musuh yang memasuki kawasan kampung berkenaan.
Read More
Published 9:02 PM by mobile262

Kronologi Peristiwa Hitam di Lahat Datu


9 Feb - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Feb - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Feb - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Feb - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.


1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.


Sumber:  Bernama

Read More
Published 8:51 PM by mobile262

terkini dari bilik berita BH

 ISTERI kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, Nor Aziah Nor, 28, dipimpin saudara selepas mengetahui berita kematian suaminya, hari ini. Gambar kecil anak Allahyarham. - Foto L Manimaran
Read More