Published 6:14 PM by

Piya tersenarai dalam skuad Harimau Malaya


Piya akhirnya dipangil oleh jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal bagi membantu pasukan Negara, K.Rajagobal membuat kejutan apabila menyenaraikan ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi (gambar) dalam 27 pemain yang dipanggil bagi menyertai latihan skuad kebangsaan bagi berdepan Yemen pada perlawanan kedua kelayakan Piala Asia 2015, 22 Mac ini.Selain Yemen, Badhri juga berpeluang membantu Harimau Malaya dalam dua lagi perlawanan iaitu berdepan Arab Saudi dalam aksi persahabatan, 17 Mac serta perlawanan amal menentang Palestin di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 26 Mac.