Published 11:20 PM by mobile262

Saman RM920,000 Kepada Celcom, Maxis, Tune Talk, U Mobile, Merchantrade


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan saman sebanyak RM920,000 kepada lima syarikat telcom yang besar di Malaysia - Celcom Axiata Berhad, Merchantrade Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Tune Talk Sdn Bhd, Maxis Mobile Services Sdn Bhd dan Maxis Broadband Sdn Bhd. Syarikat-syarikat ini didapati melanggar syarat lesen kerana gagal memastikan maklumat tepat pengguna akaun prabayar.