Published 4:21 PM by mobile262

Pelajar Sekolah Menjadi Jutawan


Seorang pelajar sekolah di london, Nick D’Aloisio yang berusia 17 tahun , menjadi seorang jutawan termuda setelah menjual satu aplikasi bagi membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta).Aplikasi itu akan membolehkan D’Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia.Ia dicipta pada November 2012.Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta).Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas.