Published 4:56 PM by mobile262

Solat Jenazah Mantan Menteri Besar Kedah Tan Sri Ustaz Azizan Ab Razak


al-Fatihah, 

Beginilah suasana semasa solat jenazah, ribuan rakyat  hadir menunaikan solat jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi.

Solat jenazah dimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum, 17 km dari sini yang menempatkan  kubur mantan Presiden PAS,  Ustaz Datuk Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan.


Semoga Allah Mencucuri rahmat dan menempatkannya dikalangan orang-orang yang soleh.
Read More
Published 7:40 PM by mobile262

THE RED WORRIOR BENAM PAHANG 4-0


Perlawanan Kelantan menentang Pahang semalam cukup untuk membuktikan bahawa Kelantan benar-benar bersedia melayan kunjungan pahang. Jaringan Hatrick Dickson Nwakaeme dan satu gol dari Indraputra Mahyuddin memberi kemenangan berharga 4 – 0 kepada Kelantan menewaskan Pahang seterusnya melonjakkan Kelantan ke tangga teratas Kumpulan C di hadapan Pahang.Pahang yang tewas bagaimanapun turut mara ke Suku Akhir selepas Negeri Sembilan hanya sekadar seri dengan Terengganu.Pahang dan Negeri Sembilan berkongsi 8 mata namun kelebihan jaringan memihak kepada Pahang.Kelantan bakal berdepan pasukan Bintang dari Selatan iaitu Johor Darul Takzim pada 28 September di Larkin manakala Pahang bertemu PKNS.
Read More
Published 9:00 AM by mobile262

Vios Baru Akan Dilancarkan Oktober Ini.

Beginilah wajah sebenar Toyota Vios Baharu 2013 dari pandangan depan. Headlamp serba baru dengan wajah yang lebih sporty..Mungkinkah ini Vios  TRD Sportivo?. 

Pelancarannya dijangkakan pada bulan oktober ini, walaubagaimanapun booking untuk kereta ini telah pun dibuka..untuk tempahan anda boleh mengunjungi mana-mana pengedar toyota terdekat. 

Apa yang menarik tentang vios baharu ini ialah..paparan muka dashboardnya yang baru, tidak lagi meter ditengah. Seperti yang diketahui, toyota kini lebih serius dalam membawa perubahan besar pada vios baru kali ini. Walaubagaimanapun..kapasiti engin masih lagi 1.5 cc.
Read More
Published 8:14 AM by mobile262

Troussier Bakal Pengganti Rajagobal?


Teka-teki siapakah bakal penganti Rajagobal sebagai  ketua jurulatih Harimau Malaya kembali hangat diperkatakan apabila bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier dilapor semakin hampir mengambil alih tempat Datuk K. Rajagobal.
Menurut sumber, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menawarkan Troussier, 58, untuk mengemudi skuad Harimau Malaya dengan menawarkan gaji bulanan sebanyak AS$18,000 (RM59,000).
walaubagaimanapun Troussier dikatakan hanya akan menerima jawatan itu jika ditawarkan pendapatan tahunan sebanyak AS$1.52 juta (RM5 juta) yang menyaksikan dia bakal meraih gaji bulanan berjumlah AS$126,805 (RM416,000).
Selain Troussier, FAM telah menerima 37 lagi permohonan dari dalam dan luar negara, bagi menggantikan Rajagobal dalam usaha menaikkan imej pasukan bola sepak Malaysia.

Read More
Published 9:13 PM by mobile262

Toyota Vios Serba Baru


Toyota Vios 2013 Malaysia, kini boleh ditempah dimana-mana cawangan toyota. Biarpun pelancaran belum diumumkan lagi..namun dengan design dan stail Vios yang serba baru ini, bakal menjadikan toyota vios baru ini menjadi ikon baru di Malaysia.


Dikatakan bahawa varian untuk Toyota Vios 2013 di pasaran Malaysia ialah J, E, G, dan TRD Sportivo. Difahamkan juga model baru ini akan kekal menggunakan enjin 1.5 liter 1NZ-FE VVT-i dan 4 kelajuan  Super-ECT transmisi automatik. 
Read More
Published 7:02 PM by mobile262

iPhone5S dan iPhone5C baru


Syarikat Applel hari ini telah memperkenalkan dua varian iPhone baharu iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C. Menurut pegawai Aksekutif Apple, Tim Cook, dua jenis model telefon bimbit itu akan menggantikan model terdahulu, iaitu iPhone 5 ekoran persaingan hebat telepon pintar terutamanya pesaingnya Samsung.
iPhone5S merupakan telefon pintar yang amat hebat kerana dilengkapi chip pemprosesan A7 yang lebih laju berbanding dengan iPhone5 yang dahulu, sesuai untuk mereka yang gemarkan games dengan grafik yang tinggi. Ini kerana iphone 5S menyokong - OpenGL ES 3.0. Selain itu Peningkatan sehingga 10 jam masa berbual atau 40 jam bagi mendengar muzik serta didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu perak, emas dan kelabu angkasa.
Manakala, iPhone 5C yang dihasilkan untuk pasaran pertengahan hadir dengan storan terbina dalaman sebanyak 16 gigabait, binaan berasaskan plastik polikarbonat serta didatangkan dengan lima pilihan warna termasuklah biru, putih, merah jambu, kuning dan biru
Harga untuk kedua-dua varian iPhone ini belum dipastikan lagi, mungkin dalam lingkungan RM 2,100-RM3,000.
Read More
Published 10:35 PM by mobile262

Minyak Naik Lagi ?


Selang beberapa hari harga petrol RON 95 dan diesel diumumkan, esok bermula kenaikan secara menyeluruh untuk harga bahan api apabila RON97 turut dinaikan sebanyak 15 sen seliter.Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng yang dihubungi satu portal berita hari ini.

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini.Kenaikan itu lebih rendah berbanding peningkatan 20 sen untuk harga diesel dan petrol RON95 yang diumumkan kerajaan semalam.



Ini merupakan peningkatan harga pertama untuk petrol RON97 selepas harga runcitnya meningkat 20 sen pada Mac lalu.Harga runcit berkenaan turun 20 sen selepas pilihan raya 5 Mei.Harga RON97 mencatat paras tertinggi RM3 seliter pada September 2012.
Read More