Published 7:40 PM by mobile262

THE RED WORRIOR BENAM PAHANG 4-0


Perlawanan Kelantan menentang Pahang semalam cukup untuk membuktikan bahawa Kelantan benar-benar bersedia melayan kunjungan pahang. Jaringan Hatrick Dickson Nwakaeme dan satu gol dari Indraputra Mahyuddin memberi kemenangan berharga 4 – 0 kepada Kelantan menewaskan Pahang seterusnya melonjakkan Kelantan ke tangga teratas Kumpulan C di hadapan Pahang.Pahang yang tewas bagaimanapun turut mara ke Suku Akhir selepas Negeri Sembilan hanya sekadar seri dengan Terengganu.Pahang dan Negeri Sembilan berkongsi 8 mata namun kelebihan jaringan memihak kepada Pahang.Kelantan bakal berdepan pasukan Bintang dari Selatan iaitu Johor Darul Takzim pada 28 September di Larkin manakala Pahang bertemu PKNS.