Published 4:56 PM by mobile262

Solat Jenazah Mantan Menteri Besar Kedah Tan Sri Ustaz Azizan Ab Razak


al-Fatihah, 

Beginilah suasana semasa solat jenazah, ribuan rakyat  hadir menunaikan solat jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi.

Solat jenazah dimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum, 17 km dari sini yang menempatkan  kubur mantan Presiden PAS,  Ustaz Datuk Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan.


Semoga Allah Mencucuri rahmat dan menempatkannya dikalangan orang-orang yang soleh.