Published 7:04 PM by mobile262

Peraturan Baru Cermin Gelap



Langkah JPj memperkenalkan peraturan baharu cermin gelap dapat menyelesaikan banyak isu berkaitan selama ini, kata Pengarah Urusan Driven Communications Sdn Bhd, Paul Tan.
   
Penjelasan serta gambaran jelas yang dibuat oleh Paul, yang juga penulis blog automotif terkenal paultan.org dapat menyakinkan orang ramai yang rata-rata masih keliru tentang pemasangan cermin gelap.

Menurut beliau; "Kita tidak dapat pastikan bahawa peningkatan cermin gelap akan mengurangkan jenayah, tetapi sebarang langkah yang berpeluang meningkatkan tahap keselamatan ke atas sesebuah kenderaan adalah baik,".
   
Beliau berkata pada masa sama, peraturan baharu ini akan lebih memberi keselesaan kepada penumpang tempat duduk belakang kerana mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari pada waktu siang.
   
Pengenalan peraturan baharu ini menunjukkan keseimbangan yang baik antara keselesaan dan keperluan keselamatan terutamanya untuk pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan, katanya.

Semalam, JPJ mengumumkan akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 November depan.
Read More
Published 7:05 AM by mobile262

Proton Iriz Baharu Mengancam!!


Pelancaran Kereta Proton Baharu "Proton Iriz" Jelas memberi saingan kepada perodua dengan tempahan melebihi 17,000 dalam tempoh 3 hari. Model Proton Iriz didatangkan dengan tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium, dalam tujuh warna, dengan harga antara RM42,438 dan RM62,888.



Pelancaran proton baharu ini dilihat menjadi saingan kepada kereta compact Myvi dalam usaha Proton menyaingi Perodua yang dilihat menguasai pasaran kereta compact. Secara keseluruhan, Proton Iriz mempunyai ciri-ciri yang menarik dengan reka bentuk yang dinamik dan sporty. Ciri-ciri keselamatan juga dititik beratkan, ini kerana Proton Iriz mempunyai 10 kawalan berkomputer untuk memberi keselamatan aktif dan mewujudkan sinergi di antara kelengkapan keselamatan pasif dan seterusnya perlindung komprehensif untuk pemandu dan penumpang.


Read More
Published 7:31 AM by mobile262

Malaysia vs Arab Saudi Misi Wajib Menang!!


Selepas kejayaan Pasukan Harimau Muda A menewaskan Laos 4-0 pada aksi kedua peringkat kumpulan A. Kini Malaysia mempunyai peluang untuk layak keperingkat seterusnya dengan misi wajib menang ke atas Arab Saudi pada perlawanan seterusnya pada 21 September 2014. Arab Saudi yang tewas kepada Korea Selatan 1-0, membuka peluang kepada negara untuk ke peringkat suku akhir.  

Bagi anda yang belum sempat menyaksikan kejayaan Pasukan Harimau Muda A, membenam Laos tempoh hari. Anda boleh menyaksikan pada pautan video di bawah. Malaysia kini berada di kedudukan ke 3 dengan berkongsi mata dengan Arab Saudi..




Read More
Published 5:15 AM by mobile262

UPSR Bocor Empat Guru di Tahan


Susulan kebocoran soalan UPSR 2014, Polis menahan empat guru, masing-masing tiga di Pulau Pinang dan seorang di Parit Buntar, Perak untuk membantu berhubung kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata tiga guru lelaki dan seorang guru wanita itu ditahan dalam operasi yang bermula kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Read More
Published 8:01 PM by mobile262

Pelancaran Proton Iriz 25 September Ini


Proton dijangkakan akan melancarkan Kereta Varian terbaharu mereka dalam masa yang terdekat (25 September 2014) menurut sumber. Proton telah pun  mengeluarkan satu senarai harga OTR untuk mereka yang berminat untuk memiliki kereta ini.

Seperti yang diketahui terdapat lapan varian 1.3 Standard manual dan CVT automatik, 1.3 Executive manual dan CVT automatik, 1.6 Executive manual dan CVT automatik, dan pelbagai ciri-ciri tambahan untuk manual 1.6 Premium CVT dan automatik.

Harga Semenanjung Malaysia bermula dengan RM42,438 untuk 1.3 MT Standard sehinggalah kepada RM62,888 untuk1.6 Premium CVT dengan cat metalik. Walauapun, kita nantikan pengumuman daripada Proton lepas ini.

Untuk Maklumat lanjut dan untuk booking Proton baru ini, sila layari http://mobile262.sharethisstory.net/my-626851-5730
Read More
Published 7:16 PM by mobile262

Wang Kertas Bernilai Tinggi



Bagi peminat dan pengumpul Wang Kertas, Kini Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan jualan lelong wang kertas Malaysia bernombor siri istimewa buat julung kali pada 27 September ini kepada orang ramai di Auditorium Sasana Kijang, BNM.

Jualan lelong itu akan dikendalikan MNP Auctioneers (Central) Sdn Bhd (MNP), iaitu jurulelong yang dilantik oleh bank pusat itu. Jualan lelong ini akan memberi peluang sama rata kepada orang ramai untuk memperoleh wang kertas bernombor siri istimewa yang menjadi rebutan, contohnya CC8888888 atau AY1234567.
Read More
Published 5:25 AM by mobile262

KERTAS SCIENCE UPSR 2014 BOCOR!!


TERKINI; Ujian UPSR bagi mata Pelajaran Science yang dijadualkan berlangsung pada esok pagi 11/09/2014 akan ditangguhkan ke 30 September ini, ekoran ia didapati bocor dan tersebar di media sosial.
Dalam kenyataan dikeluarkan Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan (LP), siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan mata pelajaran terbabit tersebar menerusi media sosial. 
Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sekiranya ada yang disabitkan dengan pembocoran kertas peperiksaan tersebut.
Read More