Published 7:05 AM by mobile262

Proton Iriz Baharu Mengancam!!


Pelancaran Kereta Proton Baharu "Proton Iriz" Jelas memberi saingan kepada perodua dengan tempahan melebihi 17,000 dalam tempoh 3 hari. Model Proton Iriz didatangkan dengan tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium, dalam tujuh warna, dengan harga antara RM42,438 dan RM62,888.



Pelancaran proton baharu ini dilihat menjadi saingan kepada kereta compact Myvi dalam usaha Proton menyaingi Perodua yang dilihat menguasai pasaran kereta compact. Secara keseluruhan, Proton Iriz mempunyai ciri-ciri yang menarik dengan reka bentuk yang dinamik dan sporty. Ciri-ciri keselamatan juga dititik beratkan, ini kerana Proton Iriz mempunyai 10 kawalan berkomputer untuk memberi keselamatan aktif dan mewujudkan sinergi di antara kelengkapan keselamatan pasif dan seterusnya perlindung komprehensif untuk pemandu dan penumpang.