Published 7:04 PM by mobile262

Peraturan Baru Cermin Gelap



Langkah JPj memperkenalkan peraturan baharu cermin gelap dapat menyelesaikan banyak isu berkaitan selama ini, kata Pengarah Urusan Driven Communications Sdn Bhd, Paul Tan.
   
Penjelasan serta gambaran jelas yang dibuat oleh Paul, yang juga penulis blog automotif terkenal paultan.org dapat menyakinkan orang ramai yang rata-rata masih keliru tentang pemasangan cermin gelap.

Menurut beliau; "Kita tidak dapat pastikan bahawa peningkatan cermin gelap akan mengurangkan jenayah, tetapi sebarang langkah yang berpeluang meningkatkan tahap keselamatan ke atas sesebuah kenderaan adalah baik,".
   
Beliau berkata pada masa sama, peraturan baharu ini akan lebih memberi keselesaan kepada penumpang tempat duduk belakang kerana mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari pada waktu siang.
   
Pengenalan peraturan baharu ini menunjukkan keseimbangan yang baik antara keselesaan dan keperluan keselamatan terutamanya untuk pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan, katanya.

Semalam, JPJ mengumumkan akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 November depan.