Published 3:48 PM by mobile262

Piya Terima Ugutan Bunuh!!


Menurut akhbar Kosmo hari ini, KAPTEN Kelantan, Mohd. Badhri Radzi atau PIYA menerima ancaman bunuh menerusi laman sosial Facebook.
berikut adalah kata-kata yang berbaur ugutan terhadap beliau;
Elman Ganu menerusi ruangan sembang di laman sosial berkenaan bersama seorang yang lain, Budok Juvana, menulis: “Kelantan *$%*! Sial, kalau Kelantan menang Piala Malaysia, aku*#@%^&@$ akulah! Aku akan upah orang bunuh Badhri Radzi!! Indra Putra aku nak sula dia! Fakri aku nak dia jadi pembantu rumah aku!”
Ekoran ancaman tersebut, para penyokong The Red Warriors tampil membuat laporan polis pada pukul 6 petang semalam di Balai Polis Kota Bharu.
Dan Sebelum ini, tonggak pasukan Kelantan, iaitu Indra Putra Mahyuddin turut menerima ancaman bunuh daripada seorang penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT).
Bagaimanapun, perancang tengah Kelantan itu menegaskan, dia tidak mahu ambil kisah dengan ugutan seperti itu, malah menganggap apa yang diperkatakan itu tidak lebih daripada sekadar gurauan semata-mata.
Badhri ketika dihubungi enggan mengulas ugutan tersebut sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Pahang di Stadium Shah Alam pada Ahad ini.

Read More
Published 4:29 PM by mobile262

KELANTAN MARA KE FINAL PIALA MALAYSIA


Seperti yang diramalkan penyandang juara, Kelantan akhirnya memastikan slot final Piala Malaysia menjadi milik mereka selepas mencatat kemenangan agregat 4-3 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan timbal-balik di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu malam ini.

Keputusan seri 2-2 yang dicatatkan cukup buat Kelantan  beraksi di pentas akhir pada 3 Nov ini di Stadium Shah Alam. Menanti KELANTAN samaada PAHANG atau SERAWAK. Pasukan pantai timur itu yang terkenal dengan jolokan 'The Red Warriors' sebelum ini mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas ATM pada separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat lepas. 

Pada perlawanan malam tadi penyerang import ATM, Marlon Alex James cukup membuat penyokong Kelantan tertekan dengan membuka tirai jaringan pada minit ke-18 dan minit 35,  beliau ternyata bijak memanfaatkan situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol pasukan Kelantan. 

Walaubagaimanapun, Kelantan mengatur semula jentera serangan dan berjaya merapatkan jurang pada minit ke-82 apabila Ahmad Fakri Saarani melepaskan rembatan kencang, sekaligus menewaskan penjaga gol ATM, Mohd Farizal Harun.

Kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi menjadi wira pasukan kendalian Bojan Hodak selepas menyempurnakan hantaran lintang daripada pemain gantian, Zairol Fitree Ishak pada minit ke-85 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.
Read More
Published 6:48 AM by mobile262

Bonus Setengah Bulan Gaji Kepada Penjawat Awam


Berita baik untuk penjawat awam, Perdana Menteri telah mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500 dalam bajet 2014. Ini bagi meringankan lagi bebanan penjawat awam dan golongan pesara. Bagi golongan pesara kerajaan akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.
Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014. Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.
Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54

Read More
Published 9:21 PM by mobile262

Kelantan Menang 2-1 ke atas ATM


Kelantan Seperti yang dijangkakan beraksi dengan cemerlang apabila berjaya menewaskan ATM 2-1 di tempat lawan. Berbekal kemenangan 2-1 di Stadium Selayang, malam tadi, Kelantan memiliki peluang lebih baik untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia pada aksi separuh akhir kedua di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Muhammad IV pada 25 Oktober ini. 

Bagi kelantan Mohd Nor Farhan muncul sebagai wira Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit ke-79. Walaubagaimanapun aksi yang dipamerkan kedua-dua pasukan amat menakjubkan apabila kedua-dua pasukan saling berbalas asakan. Namun jentera pasukan kelantan dilihat agak mantap dengan melakukan sedikit kesilapan. 
Bagi jurulatih ATM, B. Sathianathan berkata, kehilangan Amiridzwan Taj yang digantung perlawanan serta Irwan Fadli Idrus yang terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan telah memberi kesan kepada benteng pertahanan pasukannya.
Perlawanan kedua nanti pasti akan menjanjikan yang terhebat dan mendebarkan ..sama-sama kita saksikan nanti.


Read More
Published 12:40 AM by mobile262

Kelantan The Red Worrior VS ATM 18 Oktober 2013


Saksikan perlawanan hebat Kelantan menentang ATM secara langsung di kaca tv anda melalui saluran RTM1 dan Astro selaku media rasmi perlawanan. Anda juga boleh menonton secara Live streaming Kelantan vs ATM 18 oktober 2013. Siaran langsung perlawanan separuh akhir Watson Piala Malaysia 2013 antara ATM menentang pasukan Kelantan akan berlansung pada pukul 8.40 malam di Stadium Majlis Pembandaran Selayang.

Siaran secara langsung boleh ditonton di laman sesawang berikut;
Selamat Menonton.!
Read More
Published 4:29 PM by mobile262

BAJET 2014 : Bonus 2 Bulan, Elaun COLA RM300, Pinjaman Perumahan 1%


Pada Bajet Kali ini, CUEPACS sekali lagi mengemukakan empat cadangan kepada kerajaan iaitu berkaitan pinjaman perumahan, Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Imbuhan Tahunan dan Elaun Sara Hidup (COLA).

Dalam bajet kali ini Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap 1.4 juta penjawat awam akan mendapat faedah daripada Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan, Oktober depan.

Menurut Presidennya Datuk Omar Osman berkata kerajaan perlu memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini. 

Menurutnya Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini.


Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.
 


Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah.
 





Read More
Published 12:12 PM by mobile262

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sah Kahwin



Apa yang menjadi tanda tanya mengenai hubungan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal selama ini telah terjawab, apabila mereka membuat pengakuan. Menurut Aeril mereka  bernikah sebanyak dua kali. Pernikahan kali pertama adalah sebagai menghalalkan perhubungan mereka sebagai suami isteri


Pernikahan kali pertama dilakukan di rumah pengurus Aeril Zafrel yang terletak di Petaling Jaya dan dihadiri oleh saksi dan wali iaitu bapa Wawa sendiri dan seorang Imam yang dibawa dari Sabah. Manakala pernikahan kali kedua, pasangan ini bernikah di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun dan mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut.Hasil daripada perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013.
Read More
Published 7:46 AM by mobile262

INSIDEN PANAS THE RED WORRIOR DAN JDT


APA yang berlaku diStadium Sultan Muhammad IV iaitu pertembungan antara Kelantan dan JDT dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menyaksikan duaa Insiden buruk berlaku Dua Insiden yang dimaksudkan ialah melibatkan penyerang import Johor Darul Takzim (Johor DT), Leonel Nunez didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Kelantan.
Satu lagi insiden melibatkan seorang lagi penyerang Harimau Selatan, Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Mat Yo yang mengalami kecederaan apabila hidungnya berdarah selepas disiku oleh tonggak Kelantan, Indra Putra Mahayuddin.
Insiden tersebut dikatakan ‘terlepas pandang’ oleh pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri sehingga menyebabkan Indra terlepas daripada menerima sebarang hukuman atau kad kuning.
“Merujuk seperti kes sebelum ini, (penyerang Selangor) Mohd. Amri Yahyah pernah digantung tiga perlawanan dan denda RM1,800 disebabkan kekasaran melampau terhadap (bekas) pemain Kelantan, Mohamed Ghaddar pada aksi Liga Super tahun lalu.
Taufek berkata, pihaknya tidak boleh melakukan sebarang tindakan atau dakwaan jika tidak mendapat laporan rasmi daripada KAFA mahupun PBNJ.
“Buat masa ini, kami hanya menunggu laporan penuh atau aduan rasmi daripada kedua-kedua persatuan (KAFA dan PBNJ) mengenai insiden tersebut.
“Pihak sekretariat FAM akan mengambil tindakan susulan jika ada laporan dikemukakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri malam kelmarin, Kelantan tampil bergaya apabila membelasah Johor DT 6-1, sekali gus melangkah ke saingan separuh akhir dengan agregat 8-5.
The Red Warriors bakal berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk aksi separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 18 Oktober depan.
Read More
Published 3:17 AM by mobile262

KELANTAN VS JDT - SUKU AKHIR KEDUA


Saksikan aksi yang mendebarkan antara KELANTAN VS JDT dalam Suku Akhir Kedua Watson Piala Malaysia 2013 yang akan berlangsung malam ini, bagi mengetahui pasukan manakah yang akan mengiringi ATM dan Pahang ke Separuh Akhir nanti.

Perlawanan boleh disaksikan di dua saluran utama;
  • LIVE RTM TV1 : Sarawak vs Sime Darby | 8.45 malam
  • LIVE Astro Arena 801 : Kelantan vs Johor DT | 8.45 malam
Diharapkan pasukan Kelantan akan mengiringi ATM dan Pahang ke peringkat seterusnya.
Read More
Published 8:16 PM by mobile262

Jangan Terpedaya dengan Penyata Gaji Palsu!


Menurut sumber dari Sinar harian Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengesahkan telah menerima laporan berkenaan guru yang kehilangan gaji mereka. Oleh yang demikian mereka dinasihatkan supaya menutup akaun mereka dan membuka akaun baru dibank yang sama.
Ekoran kejadian ini JPNS menasihatkan guru-guru di negeri itu supaya sentiasa berwaspada dan perlu mendapatkan maklumat sahih sebelum mengisi borang yang mengaitkan nombor akaun.
Kes yang sama juga dikhabar berlaku di kedah sebelum ini. Email palsu yang menggunakan atas nama kementerian meminta guru memasukkan butir-butir seperti nama, no akaun gaji dan sebagainya dan tiba-tiba duit gaji lesap.
Oleh yang demikian Semua kakitangan awam diminta supaya lebih berhati-hati dengan penipuan yang licik ini.
Read More
Published 7:11 AM by mobile262

Mr Bean Masuk Islam ?


Desas desus mengatakan Mr Bean atau Rowan Atkinson telah memeluk islam dipetik dalam sebuah portal berita Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com. Menurut berita yang diperolehi selebriti yang popular dengan watak lucu Mr Bean dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

Walaubagaimanapun kesahihan berita ini, belum lagi dipastikan..
Read More