Published 7:46 AM by mobile262

INSIDEN PANAS THE RED WORRIOR DAN JDT


APA yang berlaku diStadium Sultan Muhammad IV iaitu pertembungan antara Kelantan dan JDT dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menyaksikan duaa Insiden buruk berlaku Dua Insiden yang dimaksudkan ialah melibatkan penyerang import Johor Darul Takzim (Johor DT), Leonel Nunez didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Kelantan.
Satu lagi insiden melibatkan seorang lagi penyerang Harimau Selatan, Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Mat Yo yang mengalami kecederaan apabila hidungnya berdarah selepas disiku oleh tonggak Kelantan, Indra Putra Mahayuddin.
Insiden tersebut dikatakan ‘terlepas pandang’ oleh pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri sehingga menyebabkan Indra terlepas daripada menerima sebarang hukuman atau kad kuning.
“Merujuk seperti kes sebelum ini, (penyerang Selangor) Mohd. Amri Yahyah pernah digantung tiga perlawanan dan denda RM1,800 disebabkan kekasaran melampau terhadap (bekas) pemain Kelantan, Mohamed Ghaddar pada aksi Liga Super tahun lalu.
Taufek berkata, pihaknya tidak boleh melakukan sebarang tindakan atau dakwaan jika tidak mendapat laporan rasmi daripada KAFA mahupun PBNJ.
“Buat masa ini, kami hanya menunggu laporan penuh atau aduan rasmi daripada kedua-kedua persatuan (KAFA dan PBNJ) mengenai insiden tersebut.
“Pihak sekretariat FAM akan mengambil tindakan susulan jika ada laporan dikemukakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri malam kelmarin, Kelantan tampil bergaya apabila membelasah Johor DT 6-1, sekali gus melangkah ke saingan separuh akhir dengan agregat 8-5.
The Red Warriors bakal berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk aksi separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 18 Oktober depan.