Menurut sumber dari Sinar harian Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengesahkan telah menerima laporan berkenaan guru yang kehilangan gaji mereka. Oleh yang demikian mereka dinasihatkan supaya menutup akaun mereka dan membuka akaun baru dibank yang sama.
Ekoran kejadian ini JPNS menasihatkan guru-guru di negeri itu supaya sentiasa berwaspada dan perlu mendapatkan maklumat sahih sebelum mengisi borang yang mengaitkan nombor akaun.
Kes yang sama juga dikhabar berlaku di kedah sebelum ini. Email palsu yang menggunakan atas nama kementerian meminta guru memasukkan butir-butir seperti nama, no akaun gaji dan sebagainya dan tiba-tiba duit gaji lesap.
Oleh yang demikian Semua kakitangan awam diminta supaya lebih berhati-hati dengan penipuan yang licik ini.