Published 4:35 PM by mobile262

JDT SERIUS MELAMAR AIMAR


JDT dikatakan sanggup membayar Pablo Aimar dengan harga yang tinggi, menurut sumber BH - sejumlah RM6.1 Juta ditawarkan kepada Aimar sekiranya sanggup berkhidmat untuk pasukan JDT. Jika ini menjadi kenyataan, maka beliau merupakan pemain import yang termahal dalam sejarah bola sepak Malaysia (Liga-M)

Pablo Aimar sudah pun menamatkan kontrak dengan kelab Benfica di Liga Portugal . Sebelum ini dia bersama kelab River plate, dan Real Zaragoza. Pablo Aimar turut menyaksikan perlawanan Liga Super, Antara JDT dengan Lions XII di Stadium Jalan Besar, 22 Jun yang lalu. Ini berkemungkinan apa yang disangkakan itu akan menjadi kenyataan. 

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) juga telah pun mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemain tersebut bulan lalu di salah sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru.
Read More
Published 8:52 PM by mobile262

PIALA MALAYSIA 2013 - KELANTAN DALAM KUMPULAN MAUT


Pasukan Kelantan (TRW) yang merupakan JUARA bertahan Piala Malaysia, dijangkakan akan  berdepan tugas sukar untuk mengekalkan piala Malaysia untuk 2 tahun berturut-turut apabila diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara.  

   

Juara Piala FA 2013 itu diundi dalam kumpulan C bersama dua jiran mereka iaitu Pahang dan Terengganu selain juara tiga kali, Negeri Sembilan. Manakala Juara Liga Super, Lions XII FC sebaliknya berpeluang cerah untuk menempah slot ke suku akhir berdasarkan faktor kelebihan beraksi di atas padang rumput tiruan di Singapura walaupun diletakkan dalam Kumpulan D bersama juara Liga Perdana, Sarawak serta Perak dan Kedah.

Bagi pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) bakal berdepan dengan pasukan berstatus kelab iaitu Selangor PKNS FC, T-Team dan Felda United FC. JDT Sudah pasti ingin menebus kekecewaan mereka dengan meraih kejuaraan PIALA MALAYSIA Kali ini.
   
Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia hanya dijadualkan bermula pada 20 Ogos ini untuk memberi laluan kepada pasukan Kelantan dan ATM yang terlibat dalam Kejohanan Bola Sepak Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia    (FAM) - Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 12 dan 13 Ogos.
Read More
Published 8:49 AM by mobile262

Bonus Raya kakitangan Awam 2013


TERKINI; Kerajaan akhirnya bersetuju memberikan bonus@saguhati buat penjawat awam (Gred 1-54) sebanyak RM 500 dan bagi pesara pula sebanyak RM250 bagi persiapan raya tahun ini. 

Sementara itu, di Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di negeri itu Pemberian bonus itu meliputi 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini .

Read More
Published 2:02 AM by mobile262

PREVE HATCHBACK BARU - GAMBAR TERKINI

Beginilah rupa bentuk Preve hatchback baru. Preve hatchback dijangkakan akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Resolusi gambar spyshot di dalam kilang itu sedikit kurang jelas (blur) namun itulah sebenarnya pandangan belakang preve hatchback. Apa yang dapat dilihat ialah sport rim  pada model Preve hatchback berbeza dengan preve sedan. Sekali pandang, nampak bergaya juga kan rekaan Preve hatchback ini?
Mengenai harga, belum dipastikan lagi. Tapi pastinya harga yang berpatutan dan bebaloi kepada pemiliknya nanti. Ciri tambahan untuk model ini juga belum dipastikan sepenuhnya, mungkin ada ciri-ciri tambahan yang baru. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.
Read More
Published 10:34 AM by mobile262

Abby Abadi Sudah Berkahwin


Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan selamat mendirikan perkahwinan buat kali kedua dengan jejaka pilihan sejak seminggu yang lalu. Sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008. Menurut Abby melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri. gambar Abby bersama suami diupload melalui instagram beliau untuk pengetahuan peminat.
Read More
Published 9:31 AM by mobile262

HARIMAU MALAYA VS CHELSEA 2013

Saksikan perlawana hebat diantara Pasukan Harimau Malaya menentang Chelsea FC di Stadium Shah Alam 21 Julai 2013. Juara liga Europa bakal singgah di Malaysia dalam siri Penjelajahan Asian Road Tour 2013. Mengikut pertemuan sebelum ini Chelsea mengalahkan pasukan Negara 2-0 pada tahun 2008, 2011 mereka menang tipis 1-0 dan adakah kali ini pasukan Harimau Malaya akan tewas lagi ? Sama-sama kita saksikan. Tiket-tiket boleh ditempah sekarang! .
Read More
Published 3:39 AM by mobile262

Bonus Raya 2013 - Terkini

PUTRAJAYA – Kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus raya 2013 kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri 2013 tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa.Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.“Itu juga boleh dianggap bonus, namun terpulang kepada kerajaan tetapi selalunya pemberian bonus pada hujung tahun dan bergantung kepada output, sekarang terlalu awal untuk membincangkan perkara itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Ali berkata untuk tahun ini sahaja kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi pemberian KGT selain penyelarasan gaji untuk skim-skim tertentu.“Bagi bulan ini sahaja sebanyak enam skim akan ditambah baik dan 81 skim lagi pada November nanti,” katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk pemberian bonus setengah bulan gaji sebelum Adilfitri yang dijangka disambut pada 8 Ogos ini.
Read More
Published 10:48 PM by mobile262

MESSI ATAU NEYMAR?


Lionel Messi percaya dia dan Neymar mampu membawa Barcelona ke satu tahap baharu meskipun pemain legenda kelab itu, Johan Cruyff memberitahu bahawa kapten Argentina tersebut mungkin akan dijual bagi memberi laluan kepada bintang Brazil berkenaan.

Sebelum ini, bekas bintang Ajax dan Belanda itu menjelaskan bahawa Barca mungkin terpaksa menjual pemenang empat kali anugerah Ballon d'Or winner tersebut setelah membawa Neymar ke Nou Camp dengan harga £48 juta (RM230.6 juta).

Untuk rekod , Neymar pernah menjaringkan 43 gol dalam 47 penampilannya buat Santos di Brazil.
Bagaimanapun, Messi berjaya mengatasi pencapaian tersebut pada 2012-13 dengan meledakkan 50 gol dalam 60 perlawanan buat Barca.

Kedua-dua pemain ini mempunyai skill bola yang hebat, Neymar dan messi mempunyai bakat semulajadi. Penampilan pemain ini sering kali menjadi buah mulut dalam perlawanan bola sepak di seluruh dunia.



Read More