Published 4:35 PM by mobile262

JDT SERIUS MELAMAR AIMAR


JDT dikatakan sanggup membayar Pablo Aimar dengan harga yang tinggi, menurut sumber BH - sejumlah RM6.1 Juta ditawarkan kepada Aimar sekiranya sanggup berkhidmat untuk pasukan JDT. Jika ini menjadi kenyataan, maka beliau merupakan pemain import yang termahal dalam sejarah bola sepak Malaysia (Liga-M)

Pablo Aimar sudah pun menamatkan kontrak dengan kelab Benfica di Liga Portugal . Sebelum ini dia bersama kelab River plate, dan Real Zaragoza. Pablo Aimar turut menyaksikan perlawanan Liga Super, Antara JDT dengan Lions XII di Stadium Jalan Besar, 22 Jun yang lalu. Ini berkemungkinan apa yang disangkakan itu akan menjadi kenyataan. 

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) juga telah pun mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemain tersebut bulan lalu di salah sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru.