Published 3:55 AM by mobile262

Perubahan Iklim Dunia Kaitannya dengan Tanda Awal Kiamat.


HEBOH; di Kebanyakkan media sosial dan blogger sekarang ini sibuk memperkatakan mengenai fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dengan pelbagai kejadian yang tidak pernah berlaku sebelum ini atau fenomena luar biasa yang didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Bayangkan negara yang beriklim tropika dan panas mula menerima perubahan yang pelik seperti salji yang melanda kawasana seperti Mesir , Palestin dan Vietnam baru-baru ini. Menurut kajian yang dibuat oleh saintis p
erubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah dan didapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Sekiranya situasi sebegini berterusan , berkemungkinan dunia akan mengalami perubahan yang amat besar. Lebih memeranjatkan apabila, menurut ramalan saintis kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.


Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)


Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)


sumber; sinarharian
Read More
Published 8:16 AM by mobile262

Linda Onn Kahwin Kerabat di Raja



Penyampai Radio Popular Linda Onn Akhirnya selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 34,  di kediaman Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur. 


Walaubagaimanapun pihak media yang hadir tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang visual ketika majlis berlangsung. Kepada peminat Linda Onn, diharap bersabar..dengan ketiadaan gambar kat sini.  


Read More
Published 6:22 AM by mobile262

Google Zeitgiest 2013 - Malaysia


Berikut merupakan carian sepanjang tahun 2013, yang dikeluarkan oleh Google Zeitgiest bagi carian Popular di Malaysia tahun 2013. Di sini anda akan dapat melihat apakah pencarian /kata kunci (keyword) yang sering dicari di Google. 

Terma Popular Di Malaysia Sepanjang 2013

1. Lahad Datu
2. SKMM
3. Kepututs PRU13
4. Setia Hujung Nyawa
5 Gwiyomi
6. Teduhan Kasih
7. Malindor Air
8. Wechat
9.The Conjuring
10. Cinta Jannah


Personaliti Popular Di Malaysia 2013

1. Paul Walker
2.Tegar
3. Isteri Mat Yo
4. Sharifah Zohra Jabeen
5. Nelson Mandela
6. Jakie Chan
7. Sultan Sulu
8. Adam Adli
9. Lea Michele
10. Gareth Bale


Ahli Politik Popular Malaysia 2013

1. Anwar Ibrahim
2. Lim Kit Siang
3. Aspan Alias
4. Najib Razak
5. Rafizi Ramli
6. Azmin Ali
7. Husam Musa
8. Tian Chua
9. Taib Mahmud
10. Mat Sabu

Artis Popular Malaysia 2013

1. Izzue Islam
2. Emma Maembong
3. Sharifah Sakinah
4. Nelydia Senrose
5. Ashraf Muslim
6. Fizz Fairuz
7. Afiq Muiz
8. Adi Putra
9. Fiza Elite
10. Amar Asyraf

Kereta Popular Malaysia 2013

1. Proton Suprima
2. Proton Saga SV
3. Nissan Almera
4. Kia Cerato
5. Toyota Vios
6. Kia Rio
7. Peugeot 208
8. Proton Preve
9. Ford Kuga
10. Lamborghini Veneno


Read More
Published 3:49 PM by mobile262

PELIK; Ikan Naik ke Darat


Kejadian yang berlaku pukul 8 pagi pada 24-Disember-2014 di pantai Tambisan, Sabah, apabila ribuan ikan tamban melompat dan mendarat di pantai berkenaan. Fenomena yang pelik ini mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk  kononnya fenomena bencana tsunami mungkin akan berlaku kerana pada kejadian yang lalu, sebelum tsunami melanda memang berlaku ikan naik ke darat. Namun ada juga penduduk yang mengambil kesempatan memunggah ikan-ikan tersebut ke dalam bekas untuk dijual di pasar.

Langkah berjaga-jaga terhadap ancaman tsunami diambil, ekoran Perairan Sabah sememangnya terdedah dengan kemungkinan tsunami.Tiga pelampung boya keselamatan dipasang di perairan Malaysia di Sabah iaitu di Pulau Rondo, Pulau Layang-Layang dan Pulau Sipadan bagi memberi amaran tsunami di kawasan tersebut.
Read More
Published 8:41 AM by mobile262

BRIMS 2014 ISI ONLINE


Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia, Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 telah dibuka mulai hari ini sehingga 31 Januari depan. Menurut Kementerian Kewangan, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Bagi pemohon baru pula, mereka boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma di www.hasil.gov.my

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


SYARAT-SYARAT BRIM 3.0 (2014)
1)Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) untuk isi rumah berpendapatan RM3000 dan ke bawah sebulan akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.
2)Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk isi rumah berpendapatan RM3000 hinga RM4000 sebulan akan diberikan nilai bantuan sebanyak RM450.
3)Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk golongan bujang berumur 21 tahun dan berpendapatan RM2000 dan ke bawah sebulan akan dinaikkan daripadaRM250 kepada RM300

Syarat kelayakan permohonan BRIM 3.0 2014
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
(iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

sila kemukakan salinan:
(i) MyKad bagi pemohon; dan
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)

Read More
Published 7:37 AM by mobile262

TERKINI; Guru dan lelaki Pakistan didakwa rakam video lucah


Seorang guru wanita di salah sebuah sekolah rendah dan seorang peniaga pakaian warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Air Keroh, Melaka, atas dakwaan membuat filem lucah di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama di sini November lalu. Guru tersebut yg juga merupakan penolong kanan , Lizah Buang, 49, dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.Kedua-duanya didakwa melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kesopanan awam itu di pangsapuri tersebut pada pukul 8.30 pagi 16 November lalu.Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Read More
Published 11:23 AM by mobile262

Nooraida tak sengaja pakai seksi !

NAMA isteri kepada seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan pelakon Adi Putra terus menjadi bualan hangat di laman sosial ekoran kemunculannya pada sidang akhbar minggu lalu dengan berpakaian seksi.Nooraida Abdul Talib kemudiannya tampil menjelaskan, dia berpakaian sebegitu tanpa disengajakan."Saya bukan sengaja. Jaket yang saya patut pakai tercabut butang dan sudah lambat hendak ke sidang media. Sepatutnya saya tak turut serta dalam sidang media tapi berlaku saat akhir. Terima kasih ambil berat," tulisnya di laman mikro Twitter.
Read More
Published 12:50 AM by mobile262

Tanda Kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taala


Segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam. Beginilah keadaan Masjid Sg Isap, Kuantan, Pahang yang tidak ditenggelami air setelah banjir besar melanda Kuantan baru-baru ini. Walaupun ada yang mendakwa Masjid tersebut berada ditempat yang tinggi, namun menurut penduduk tempatan , masjid tersebut berada di tempat rendah sama seperti perumahan sekitar masjid. 


Berikut kita lihat pula dengan keadaan Masjid Fatah, Batu 3, Kuantan. Air banjir yang memenuhi ruang solat tidak sedikit pun kotor, sedangkan banyak rumah-rumah yang dilanda banjir terpaksa membersihkan rumah mereka dari kesan lumpur dan kotoran.

Sesungguhnya banjir yang berlaku merupakan peringatan dan iktibar bagi mereka yang berfikir. Tidaklah Allah menjadikan sesuatu tanpa sebab dan musabbab.

Read More
Published 7:42 AM by mobile262

MALAYSIA CATAT REKOD DUNIA !!


Skuad Hoki wanita Malaysia mencipta rekod dunia apabila berjaya membelasah Kemboja 36-0 pada perlawanan kedua dalam temasya Sukan SEA ke-27 di Myammar. Pada perlawanan babak pertama Malaysia menjaring 18 gol di ikuti dengan jumlah jaringan yang sama pada babak kedua. lini, rekod jaringan paling besar dipegang Argentina apabila menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, pada 23 Mac 2003.
Semalam, Thailand menyamakan rekod itu dengan mengalahkan Kemboja 26-0.Pada perlawanan di Stadium Hoki Theinphyu, Myammar, Noor Hasliza Md Ali muncul sebagai penjaring terbanyak perlawanan dengan enam gol pada minit ke-14, 25', 42', 43', 62' dan minit ke-64.
Manakala Fazillah Sylbester Silin turut menyumbang lima gol pada minit ke-15, 31' 35' 55' dan 60', diikuti Nobaili Hashim empat gol (16', 30', 39', 65'),dan  Norazlin Sumantri empat gol (12', 21', 25', 60').
Kapten pasukan Nadia Abd Rahman turut menjaringkan dua gol iaitu pada minit kelima dan 51'; Norhidayah Bokhari (21', 28'); Rabiatul Adawiyah Mohamed (40', 55').

Read More
Published 8:15 PM by mobile262

GEMPAR; BAITULMUQADDIS DILIPUTI SALJI


Fenomena Ribut Sajli yang melanda Baitulmaqdis  dan sebahagian tebing barat yang ditakluki Rejim Israel merupakan fenomena Ribut salji melanda kota ini dan beberapa bahagian Tebing Barat yang ditakluki oleh Israel semalam, merupakan fenomena yang jarang-jarang berlaku.
Fenomena ini,  menyebabkan aktiviti di kota ini lumpuh manakala beratus-ratus buah kenderaan terkandas selepas jalan-jalan raya tidak dapat dilalui.Menurut Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Beliau tidak pernah menyaksikan pemandangan luar biasa ini semenjak dia hidup selama 54 tahun.


Suhu di Baitulmuqaddis suhu turun secara mendadak mencecah 2° Celsius ekoran salji berterusan. Ribut salji itu menyebabkan pasukan penyelamat, polis dan tentera terpaksa berkerja keras untuk mengeluarkan beratus-ratus orang yang terkandas di dalam kenderaan mereka di beberapa buah lebuh raya dekat sini. Manakala semua lebuh raya menuju ke kota ini juga ditutup sehingga diberitahu kelak dengan Beribu-ribu penduduk terpaksa bergelap selepas banyak kabel elektrik putus akibat dihem-pap dahan pokok yang patah. - sumber

Read More
Published 12:26 AM by mobile262

PM DAPAT KERETA PROTON BAHARU !

TERKINI; Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan. Proton Perdana baru merupakan versi terbaharu yang akan dikeluarkan oleh proton dengan menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.
Read More
Published 5:48 PM by mobile262

HUJAN METEOR DI MALAYSIA 2013


TERKINI; Agensi Angkasa Negara (AAN) memaklumkan langit Malaysia dihujani dan diterangi dengan juraian hujan meteor Geminids bermula 13 hingga 17 Disember ini. Menurut sumber daripada Unit Komunikasi Korporat AAN, dianggarkan sebanyak 120 juraian meteor sejam dapat dilihat pada waktu kemuncak iaitu bermula dari awal pagi 13 hingga 14 Disember ini.
Kejadian yang jarang-jarang berlaku ini boleh disaksikan dengan mata kasar dan bagi anda yang berminat untuk menyaksikan sendiri hujan meteor ini, pandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam hingga subuh di kawasan yang lapang dan gelap.
Bagaimanapun, kata kenyataan itu, disebabkan keadaan cerah langit oleh cahaya bulan, ia akan menghadkan kenampakan meteor kepada 50 hingga 80 meteor sejam.
AAN dalam pada itu orang ramai turut berpeluang menyaksikan planet Musytari, Marikh, Buruj Belatik, Taurus, Gemini, Cassiopeia, Pegasus, Canis Major, Leo, Virgo, dan Gugusan Bintang 7 (Pleiades) dengan mata kasar pada waktu tersebut.
Kepada mereka yang mempunyai teleskop, anda boleh menyaksikan Great Orion Nebula. 
Read More
Published 12:29 AM by mobile262

TERKINI; Safee Sali Kahwin Lagi ?


Apa yang meniti dibibir peminat Safee Sali, kini terjawab apabila Safee Sali menyiarkan beberapa keping gambar kad kahwin beliau dengan calon Isteri yang merupakan warga Indonesia. Bintang bola sepak, Safee Sali akhirnya akan mengakhiri zaman solonya buat kali kedua bersama wanita pilihannya, Sasha.

Mohd Safee, 29, akan mengadakan majlis resepsinya pada 28 Disember, ini. Sebelum ini, beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabrina Yusoff pada 2007 dan bercerai pada 2012. Dalam perkahwinan itu, beliau  telah dikurniakan dua orang cahaya mata.


Read More
Published 4:30 PM by mobile262

SEMAK SEMULA KADAR TOL 2014; KENAIKAN 30 SEN - RM 1


Rakyat Malaysia diharap telah bersedia dengan beberapa kenaikan, selepas siri kenaikan harga petrol, diesel dan gula pada tahun ini. Turut tidak ketinggalan dengan tarif elektrik dan kemungkinan kadar tol juga.
Menurut sumber dari Kosmo, desas-desus kenaikan kadar tol itu dijangka antara 30 sen sehingga RM1 melibatkan beberapa lebuh raya di Malaysia.
Katanya, terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol bagi tahun 2014 malahan terdapat cadangan kenaikan sekitar 20 peratus sehingga 40 peratus.
Kenaikan tersebut dikatakan tidak dapat dielakkan memandangkan pada akhir tahun ini terdapat beberapa syarikat pengendali lebuh raya yang perlu mematuhi perjanjian konsesi yang telah ditandatangani.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya terdapat semakan semula struktur kadar tol pada tahun depan.


Read More
Published 2:46 PM by mobile262

BANJIR PAHANG SEMAKIN TERUK


Setelah beberapa daedah di Negeri Pahang dinaiki air, Kini Raub menjadi daerah terbaharu yang dilanda banjir dengan seramai 39 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan.Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di Pahang setakat pukul 10 malam ini mencecah lebih 40,000 orang di 121 pusat pemindahan.
   
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Kuantan masih mencatat jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 34,635 orang yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan. Di Pekan, masih terdapat 2,887 mangsa di 26 pusat pemindahan, Temerloh 847 mangsa banjir di 22 pusat pemindahan, Jerantut 607 orang di 11 pusat pemindahan dan Maran seramai 764 mangsa di sembilan pusat pemindahan.
   
Bera seramai 123 orang di lapan pusat pemindahan, Rompin 53 orang di empat pusat pemindahan, Lipis seramai 53 mangsa di empat pusat pemindahan. - Bernama
Read More
Published 3:58 AM by mobile262

3 BUAH KERETA MEWAH LAMBORGHINI TERBAKAR


Kejadian yang berlaku dekat Seremban, pukul 9.57 pagi tadi melibatkan tiga kereta Lamborghini yang hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) , menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.




Kejadian berpunca daripada salah sebuah kereta daripada 5 buah kenderaan itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya PLUS sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu. Akibat rempuhan tersebut menyebabkan berlakunya kebakaran ketiga-tiga kereta terbabit.


Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan teruk, namun begitu semua pemandu dan penumpang kereta tersebut terselamat.
Read More
Published 4:20 PM by mobile262

Remaja Maut Dibelasah Curi Tabung Masjid


Tindakan seorang remaja lelaki yang cuba mencuri duit dalam tabung masjid akhirnya berakhir dengan beliau dibelasah dan meninggal dunia pada jam 11 pagi ketika dirawat di Hospital Ampang, enam jam selepas insiden berkenaan. Kejadian tersebut berlaku di kawasan Masjid di Pandan Indah. 
Kejadian yang berlaku pukul 5 pagi itu, disedari oleh empat penduduk yang melalui kawasan masjid tersebut yang melihat  suspek berusia lingkungan 20-an itu cuba 'memancing' salah satu daripada tiga buah tabung menggunakan dawai yang dilekatkan dengan gula-gula getah.
Ekoran kejadian tersebut, polis telah menahan 2 lelaki tempatan dan 2 warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh. 



Read More
Published 4:34 PM by mobile262

USTAZ KAZIM TOLAK LAMARAN MT UMNO


TERKINI; Pendakwah bebas, Mohammad Kazim Elias atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Kazim memberitahu pihak media bahawa beliau terpaksa menolak tawaran sebagai MT UMNO kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha dakwah yang dilakukan selain mengelakkan pertikaian parti dan mereka yang mahu memburuk-burukkan nama beliau.
Beliau berkata; ' Keputusan tersebut di buat secara mendalam dan tidak dipengaruhi atau dilakukan atas desakan mana-mana pihak'.
Kazim turut menjelaskan, beliau tidak mempunyai sebarang kepakaran dan pengalaman dalam dunia politik dan lebih selesa menjalankan kerja-kerja dakwah seperti biasa.

Read More
Published 4:33 PM by mobile262

KERETA PM KENA LANGGAR DI PARLIMEN


Seorang Pemuda menghadapi detik cemas apabila dengan tidak sengaja melanggar kereta PM Datuk Seri Najib Tun Razak di laluan masuk ke bangunan parlimen untuk mengambil pas keselamatan, Walaubagaimanapun perlanggaran itu tidaklah teruk sangat pun.
Lelaki berusia 20-an itu dikatakan terlupa menarik brek tangan kereta Volvonya menyebabkan kereta itu terundur dan terlanggar kereta Proton Perdana yang dinaiki Najib, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi, bagaimanapun tiada kerosakan pada kedua-dua kereta, katanya.
Read More
Published 8:07 AM by mobile262

BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN AWAM - Bonus Dibayar 2 Jan 2014


Berita baik !, Kakitangan Awam bakal menerima bonus seawal Januari 2014. Di Petik dari Sumber Harian dan tengoktvonline memberitahu bahawa Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM 500 yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2014. 


Read More
Published 7:18 PM by mobile262

BIL ELEKTRIK NAIK TAHUN DEPAN


TERKINI; Tarif elektrik Negara akan naik sebanyak 15 % bagi Semenanjung Malaysia dan 17 % bagi Sabah dan Labuan mulai tahun hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili.
Purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan naik sebanyak 4.99 sen bagi satu kilowatt (KWJ) atau 14.89% daripada kadar purata semasa daripada 33.54sen/kWh kepada 38.53 sen/kWh.
Bagi Sabah dan Labuan, purata tarif elektrik akan naik sebanyak 5.0 sen setiap KWJ atau 16.9 %, daripada 34.52 sen setiap KWJ kepada 29.52 sen per Kwh.
Read More
Published 4:05 AM by mobile262

AWAS SENJATA API TIRUAN !!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan arahan kepada semua pemilik senjata tiruan untuk menyerahkan senjata mereka kepada pihak polis sebelum 25 Disember ini atau memohon lesen menerusi syarikat atau persatuan sukan yang berdaftar.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, senjata berkenaan menyerupai senjata api yang sebenar dan amat mudah diperolehi di Internet melalui online. Walaupun pada asalnya ia digunakan untuk sukan paintball namun jika disalahgunakan, ia akan mengundang parah.

Senjata tiruan ini menyerupai hampir 95 peratus senjata asal dan banyak kes rompakan dan kecurian melibatkan penggunaan senjata ini. Ia juga boleh diubah suai dengan membolehkan ia menggunakan peluru berbahaya seperti ' bebola besi' 'guli' atau 'paku'

Read More