Published 3:49 PM by mobile262

PELIK; Ikan Naik ke Darat


Kejadian yang berlaku pukul 8 pagi pada 24-Disember-2014 di pantai Tambisan, Sabah, apabila ribuan ikan tamban melompat dan mendarat di pantai berkenaan. Fenomena yang pelik ini mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk  kononnya fenomena bencana tsunami mungkin akan berlaku kerana pada kejadian yang lalu, sebelum tsunami melanda memang berlaku ikan naik ke darat. Namun ada juga penduduk yang mengambil kesempatan memunggah ikan-ikan tersebut ke dalam bekas untuk dijual di pasar.

Langkah berjaga-jaga terhadap ancaman tsunami diambil, ekoran Perairan Sabah sememangnya terdedah dengan kemungkinan tsunami.Tiga pelampung boya keselamatan dipasang di perairan Malaysia di Sabah iaitu di Pulau Rondo, Pulau Layang-Layang dan Pulau Sipadan bagi memberi amaran tsunami di kawasan tersebut.