Published 4:20 PM by mobile262

Remaja Maut Dibelasah Curi Tabung Masjid


Tindakan seorang remaja lelaki yang cuba mencuri duit dalam tabung masjid akhirnya berakhir dengan beliau dibelasah dan meninggal dunia pada jam 11 pagi ketika dirawat di Hospital Ampang, enam jam selepas insiden berkenaan. Kejadian tersebut berlaku di kawasan Masjid di Pandan Indah. 
Kejadian yang berlaku pukul 5 pagi itu, disedari oleh empat penduduk yang melalui kawasan masjid tersebut yang melihat  suspek berusia lingkungan 20-an itu cuba 'memancing' salah satu daripada tiga buah tabung menggunakan dawai yang dilekatkan dengan gula-gula getah.
Ekoran kejadian tersebut, polis telah menahan 2 lelaki tempatan dan 2 warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.