Skuad Hoki wanita Malaysia mencipta rekod dunia apabila berjaya membelasah Kemboja 36-0 pada perlawanan kedua dalam temasya Sukan SEA ke-27 di Myammar. Pada perlawanan babak pertama Malaysia menjaring 18 gol di ikuti dengan jumlah jaringan yang sama pada babak kedua. lini, rekod jaringan paling besar dipegang Argentina apabila menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, pada 23 Mac 2003.
Semalam, Thailand menyamakan rekod itu dengan mengalahkan Kemboja 26-0.Pada perlawanan di Stadium Hoki Theinphyu, Myammar, Noor Hasliza Md Ali muncul sebagai penjaring terbanyak perlawanan dengan enam gol pada minit ke-14, 25', 42', 43', 62' dan minit ke-64.
Manakala Fazillah Sylbester Silin turut menyumbang lima gol pada minit ke-15, 31' 35' 55' dan 60', diikuti Nobaili Hashim empat gol (16', 30', 39', 65'),dan Norazlin Sumantri empat gol (12', 21', 25', 60').
Kapten pasukan Nadia Abd Rahman turut menjaringkan dua gol iaitu pada minit kelima dan 51'; Norhidayah Bokhari (21', 28'); Rabiatul Adawiyah Mohamed (40', 55').