Published 4:05 AM by mobile262

AWAS SENJATA API TIRUAN !!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan arahan kepada semua pemilik senjata tiruan untuk menyerahkan senjata mereka kepada pihak polis sebelum 25 Disember ini atau memohon lesen menerusi syarikat atau persatuan sukan yang berdaftar.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, senjata berkenaan menyerupai senjata api yang sebenar dan amat mudah diperolehi di Internet melalui online. Walaupun pada asalnya ia digunakan untuk sukan paintball namun jika disalahgunakan, ia akan mengundang parah.

Senjata tiruan ini menyerupai hampir 95 peratus senjata asal dan banyak kes rompakan dan kecurian melibatkan penggunaan senjata ini. Ia juga boleh diubah suai dengan membolehkan ia menggunakan peluru berbahaya seperti ' bebola besi' 'guli' atau 'paku'