Published 3:58 AM by

3 BUAH KERETA MEWAH LAMBORGHINI TERBAKAR


Kejadian yang berlaku dekat Seremban, pukul 9.57 pagi tadi melibatkan tiga kereta Lamborghini yang hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) , menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.




Kejadian berpunca daripada salah sebuah kereta daripada 5 buah kenderaan itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya PLUS sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu. Akibat rempuhan tersebut menyebabkan berlakunya kebakaran ketiga-tiga kereta terbabit.


Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan teruk, namun begitu semua pemandu dan penumpang kereta tersebut terselamat.